Kereta manual memang jimat, tapi kalau tak jaga 5 benda ni poket boleh rabak

Oleh NADIA HARON

Memandu kereta manual boleh menjadi cabaran dan sukar bagi sesiapa yang tidak mahir memandu kenderaan manual berbanding automatik.

Walaupun begitu, memandu manual adalah lebih berbaloi kerana ia membantu menjimatkan

penggunaan bahan bakar dan memberikan prestasi kenderaan yang lebih baik dengan transmisi manual.

Kereta manual memang jimat, tapi kalau tak jaga 5 benda ni poket boleh rabak

Namun, terdapat beberapa tabiat yang sering dilakukan oleh pemandu kenderaan manual, dan ini merupakan kesalahan yang besar.

Kereta manual memang jimat, tapi kalau tak jaga 5 benda ni poket boleh rabak, khususnya part gear

Bagi sesiapa yang memandu kereta manual, penting untuk elakkan 5 tabiat ini bagi memastikan kecekapan bahagian ‘clutch’ dan gear kenderaan.

Elakkan guna batang gear sebagai tempat ‘merehatkan tangan’

Meletakkan tangan di atas batang gear boleh merosakkan satu bahagian haus pada gear tertentu (lebih tepatnya, shift forks trans-axle).

Secara ringkasnya, jika anda meletakkan tangan di atas batang gear, anda sedang menekan satu komponen yang statik (gear forks) ke arah satu bahagian yang sedang berputar.

Elakkan meletakkan kereta dalam keadaan ‘bergear’ sewaktu menunggu di lampu isyarat

Amalan ini perlu dielakkan kerana ia boleh merosakkan komponen clutch anda dengan cepat dan boleh haus (kerana selalu ditekan) dan juga boleh membahayakan jika secara tidak sengaja melepaskan kaki dari ‘clutch’.

Elakkan menggunakan ‘clutch’ dan pedal minyak untuk mengimbangi kereta semasa menaiki bukit

Sesetengah daripada kita suka melakukan tabiat ini.

Mengimbangi kereta dengan menggunakan clutch dan minyak. Namun, Fenski menyatakan bahawa ini adalah amalan yang buruk.

Kenapa? Amalan ini boleh merosakkan bahan geseran (ferodo) yang terdapat di dalam ‘clutch disk’. Dan kos untuk menggantikannya adalah tinggi.

Oleh itu, lebih baik gunakan brek pad yang haus.

Elakkan ‘heret’ enjin semasa gear tinggi

Kadang-kadang, kita mungkin tersilap masuk gear tinggi ketika RPM masih belum mencapai tahap optimum.

Kerana rasa malas, kita tidak menukar kembali ke gear yang lebih rendah.

Walau bagaimanapun, tindakan ‘remeh’ ini akan memendekkan jangka hayat ‘clutch’ dan juga meningkatkan pengumpulan habuk dalam enjin.

Elakkan meletakkan kaki anda di atas ‘clutch’ semasa memandu

Apabila anda meletakkan kaki di pedal ‘clutch’, kemungkinan besar ‘clutch’ anda tidak akan betul-betul terangkat dari sistem transmisi.

Ini boleh menyebabkan penggunaan bahan api yang tinggi dan juga ‘clutch’ anda cepat haus.


Anda boleh tonton video ini untuk penjelasan yang lebih teknikal dan mendalam:

BACA: “Bil sampai RM200, depan kaunter suami dah jeling, dalam kereta sampai rumah suami membebel duit dah habis”