Kereta selisih semua ‘high beam’ rupanya ada sesuatu yang memeranjatkan

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Mengemudi di jalan raya boleh melibatkan bahaya pada bila-bila masa, walaupun anda memandu dengan berhati-hati dan mematuhi undang-undang.

Kecuaian pengguna jalan lain atau faktor persekitaran boleh menjadi punca kemalangan.

Oleh itu, terdapat beberapa isyarat penggunaan lampu kenderaan yang berfungsi sebagai kod komunikasi universal di kalangan pemandu.

Kereta selisih semua ‘high beam’ rupanya ada sesuatu yang memeranjatkan

Contohnya, menekan lampu kecemasan dua kali sebagai tanda terima kasih dan menggunakan lampu tinggi (high beam) kepada kereta dari arah bertentangan jika terdapat bahaya di hadapan.

Dalam satu video yang menjadi viral, seorang wanita bersama suami dan anaknya sedang melalui jalan kampung. Beberapa kereta yang berselisih dengan mereka menyuluhkan lampu tinggi sebagai isyarat amaran.

Kereta selisih semua 'high beam' rupanya ada safari kat depan

Wanita tersebut merakam video, bersedia sekiranya ada sesuatu yang menarik menanti mereka di sebalik selekoh. Isyarat lampu tinggi yang diberikan pemandu-pemandu tersebut ternyata adalah tanda amaran tentang kawanan gajah yang sedang berada di bahu jalan, menjamu selera pokok tebu.

Wanita tersebut terpesona melihat gajah-gajah itu dan memberitahu anaknya untuk turut menyaksikannya. Lokasi jalan kampung tersebut dipercayai terletak di Gerik, Perak, dan menjadi peluang keemasan untuk melihat gajah secara percuma.

Warga maya memberikan pandangan positif terhadap isyarat lampu tinggi sebagai common sense di jalan raya, membolehkan pemandu memberi amaran awal jika terdapat bahaya. Mereka menekankan kepentingan keselamatan, terutama di kawasan pedalaman yang mungkin dilalui haiwan liar seperti gajah.

Baca Juga :“Depan isteri je aku solat, tu pun sebab dia solat, kalau aku dapat bini agama kelaut, dengan aku sekali lemas dengan dunia”