Keriangan tiga sekawan keluar berseronok berakhir dengan kisah seram

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Seorang pengguna berkongsi pengalaman seram apabila rakannya tiba-tiba ‘mengilai’ dalam kereta pada pukul 2 pagi.

Menurut video tular di laman TikTok, wanita tersebut mula berkelakuan pelik sebelum ‘mengilai’ tanpa henti selama beberapa minit.

“Sewaktu kejadian, saya sedang memandu kereta. Rakan saya duduk di sebelah. Tiba-tiba dia mengilai tak berhenti, katanya sebab stres.

“Kawan-kawan di tempat duduk belakang mula rasa tidak sedap hati. Tak pernah kawan saya itu ketawa macam ini,” katanya, memetik Kosmo!Online.

Tidak lama kemudian, mereka cuba memasang bacaan Al-Quran di radio sebagai ikhtiar.

Keriangan tiga sekawan keluar berseronok berakhir dengan kisah seram

“Kawan saya minta saya berhenti dan kemudian terus buka pintu dan muntah. Selepas muntah, kawan saya terus kembali normal.

“Jadi, saya nasihatkan semua agar tidak keluar lewat malam sampai pukul dua pagi,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai pengguna mengakui pernah mengalami perkara yang sama, lebih-lebih lagi jika keluar sehingga lewat malam.

“Sedih sebenarnya. Kalau kawan aku jadi macam ni sebab stres, aku pun percaya sebab aku pun pernah buat benda yang sama. Gelak sorang-sorang sebab terlalu tertekan,” kata Ijo.

“Kami pernah keluar dengan kawan-kawan sampai pukul dua hingga tiga pagi. Tapi, yang ‘kena’ adalah orang yang sedang memandu kereta. Tiba-tiba dia diam sahaja sepanjang perjalanan.

“Kami terpaksa minta dia berhenti bawa kereta sebab dia nampak tak fokus dan hampir melanggar kereta hadapan. Masa tu, kami semua dah mula rasa seram sejuk,” kata seorang pengguna.

“Korang lepak mana malam tadi? Kadang-kadang, ada benda yang ikut sebelum balik,” pesan seorang pengguna lain.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 11,800 tanda suka dan 404 komen.

BACA: “Setiap kali bersama dengan suami, aku terbayang dosa yang aku buat dengan rakan ofis aku, rasa bersalah tiap