Kerja kerani je tapi ada empat kereta mewah, salah satunya Roll Royce Phantom RM6 Juta

Kerja kerani je tapi ada empat kereta mewah, salah satunya Roll Royce Phantom RM6 Juta

Kerja kerani je tapi ada empat kereta mewah, salah satunya Roll Royce Phantom RM6 Juta. Seorang anggota imigresen Gred 19 dikesan ‘memiliki’ empat kenderaan me­wah termasuk jenis Rolls-Royce Phantom yang berharga sekitar RM6 juta dipercayai hasil kegiatan haram salah guna cap di pintu utama negara.

Perkara itu terbongkar selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan berikutan penahanan 28 anggota dan pegawai imigresen di Selangor dan Johor sejak Selasa lalu.

Siasatan awal mendapati kenderaan jenis Rolls-Royce Phantom, Ford Mustang, Range Rover dan Audi itu didaftarkan atas nama empat ejen termasuk dua warga China. Mereka adalah ejen pekerja asing warga China yang ber­operasi di negara ini.

Kerani dicurigai memiliki empat kenderaan mewah termasuk jenis Rolls-Royce Phantom yang berharga RM6 juta

Kerja kerani je tapi ada empat kereta mewah, salah satunya Roll Royce Phantom RM6 Juta

“Agak mengejutkan seorang anggota imigresen Gred 19 yang bergaji bawah RM4,000 mampu ‘memiliki’ kesemua kenderaan mewah tersebut.

“Siasatan mendapati kende­raan-kenderaan mewah yang di­gunakan anggota berusia 31 tahun itu adalah sebagai balasan kerana membantu membuat setting counter di pintu utama negara,” katanya

Menurut sumber itu, pihak berkuasa telah mengenal pasti identiti empat ejen berkenaan dan operasi mengesan mereka sedang giat dijalankan.

Sementara itu, SPRM menahan seorang pegawai imigresen dan tiga ejen pekerja asing bagi membantu siasatan kes rasuah salah guna pengesahan cap di pintu utama negara menerusi Ops Selat.

Mereka yang berusia 28 hingga 52 tahun itu diberkas petang kelmarin.

“Siasatan mendapati sindiket ini turut melibatkan rangkaian jenayah penyeludupan antarabangsa dari China, Vietnam, Indonesia dan Bangladesh,” kata sumber itu.

Setakat semalam, SPRM telah memberkas seramai 50 individu terdiri daripada 28 anggota dan pegawai imigresen, 17 ejen pekerja asing dan lima orang awam dipercayai orang tengah.

Turut dirampas wang berjumlah RM800,000, 26 buah kende­raan mewah dan empat buah motosikal berkuasa tinggi. SPRM turut menyita rumah, tanah dan barangan kemas.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd. Razali tidak menolak kemungkinan ramai lagi akan ditahan dalam masa terdekat.

Kes disiasat mengikut Sek­syen 16 Akta SPRM 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

BACA: 

Netizen tegur Maria Tunku Sabri tak pakai stokin ketika umrah

Lelaki berbasikal sejauh 70KM cari kerja temui ajal di bus stop

CATEGORIES