Kerjasama Pas Umno : Mana sahabat Pas yang kata ambo fitnah dulu?

Kerjasama Pas Umno : Mana sahabat Pas yang kata ambo fitnah dulu?

4 video yang mengandungi sedutan pengakuan dan ucapan pemimpin PAS dan UMNO menyentuh tentang usaha kerjasama PAS dengan UMNO sejak tahun 2008 sehinggalah PAS berpecah pada tahun 2015.

Penafian demi penafian keluar dari mulut pemimpin PAS pada masa itu sehinggalah ia menjadi kenyataan selepas PRU14. Pengakuan terkini SU PAS dan salah seorang AJK PAS Pusat bahawa usaha penyatuan Melayu dan UMNO PAS berlaku sejak 2011 dan 2015 atas arahan presiden PAS membenarkan apa yang berlaku dan ia menunjukkan:-

Pemimpin PAS terlibat telah membelakangi Mursyidul Am PAS pada masa itu yang menolak sebarang usaha kerjasama PAS dan UMNO.

Pemimpin PAS terlibat membelakangi keputusan muktamar PAS pada masa itu iaitu menguatkan Pakatan Rakyat dan menolak kerjasama dengan UMNO.

Pemimpin PAS terlibat telah menipu ahli dan rakyat dengan menyatakan tidak akan selama-lamanya dan mustahil bergabung dengan UMNO sehingga ahli dan rakyat percaya.

Pemimpin PAS terlibat telah menipu ahli dan rakyat dengan dakwaan bahawa mereka terus melawan UMNO sedangkan hakikatnya mereka berusaha bekerjasama dengan UMNO secara senyap.

Pemimpin PAS yang terlibat adalah dalang perpecahan dalaman PAS sehingga tertubuhnya Amanah.

Prinsip dan halatuju PAS dirosakkan oleh mereka sehingga demi kuasa dan jawatan pada hari ini PAS terpaksa sokong pengkhianat, tubuh bersama kerajaan tebuk atap, langgar mandat rakyat, menipu ahli, dan bersama perompak harta rakyat.

Tuduhan sebagai pengkhianat, munafik haraki, kafir dll terhadap mereka yg mendakwa PAS mahu bekerjasama UMNO dulu adalah satu tindakan yang sangat jahat.

Pemecatan pemimpin PAS khususnya Dato Husam Musa antaranya atas dakwaan presiden PAS mahu membawa PAS bekerjasama dengan UMNO adalah zalim kerana dakwaannya itu terbukti adalah benar.

Pemimpin terlibat telah menjadikan PAS tidak menepati dan melanggar janji tahaluf siyasi yg disepakati kerana menjalin hubungan dengan UMNO semasa PAS bertahaluf siyasi dalam PR. Sekaligus memburukkan nama PAS dan Islam.

Akhirnya… hee.. hee.. hee… Mana sahabat-sahabat PAS yg menghina ambo, yg minta ambo bertaubat nasuha, yg dakwa ambo penfitnah, jahat, munafik dan ada yang mengkafirkan ambo dalam isu ini setelah jelas lagi bersuluh usaha kerjasama PAS UMNO berlaku sejak sekian lama.. Mana???

Nak bergabung dan kerjasama silakanlah tetapi biarlah secara jelas dan janganlah sampai menipu, memecahbelahkan parti, memunafikkan sesama Islam dan melanggar janji yg disepakati….

Nadzmi Janggut.

Sumber :