“Semalam, saya bertemu dengan Sarah kerana dia singgah sekejap di rumah, dan kami berbual sebentar.
Datuk Yusof Haslam tidak mengharapkan agar bekas menantunya, pelakon Puteri Sarah Liayana, kembali kepada anaknya, Syamsul Yusof.
Menurut Yusof, 71, dia tidak berhak menentukan kehidupan anak-anaknya dan hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk mereka.
“Saya tidak boleh mengatur sama ada Sarah akan kembali atau tidak. Kehidupan mereka adalah urusan mereka sendiri; itu bukan hak saya untuk campur tangan.
“Saya tidak dapat berkata lebih lanjut. Kita boleh meletakkan harapan, tetapi yang menentukan adalah takdir Allah. Jadi, saya hanya reda,” katanya dalam laporan mStar.
Yusof mengungkapkan perkara tersebut ketika ditemui di sidang media pertama Festival Filem Malaysia (FFM) ke-33 yang diadakan di Hulu Kelang, Selangor pada hari Selasa.
Mengenai reaksi Puteri Sarah, Yusof berkata bekas menantunya juga terkejut mendengar berita itu.
Walaupun telah berpisah, Puteri Sarah tetap positif dan turut berpesan kepada bekas mertuanya untuk terus mendoakan Syamsul.
“Dia juga terkejut dan tidak menduga perkara itu akan berlaku, tetapi Sarah berpesan kepada saya untuk reda dan mendoakan yang terbaik untuk Syamsul,” ujarnya.
Pada hari Isnin, peguam syarie yang mewakili Syamsul, Azmi Rais, mendedahkan bahawa pengarah tersebut telah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar.
Permohonan cerai itu difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.
Untuk rekod, Syamsul dan Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.
Sebelum ini, Syamsul pernah berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014, namun perkahwinan sembilan tahun mereka berakhir dengan penceraian pada 14 Jun 2023.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua anak, Syaikhu Islam, 7, dan Sumayyah, 5 tahun.
BACA: ‘Move on lah, awak tak dapat jadi PM’, KJ tegur Muhyiddin