Kes Covid semakin meningkat, Menteri kata tak boleh terburu-buru tutup sekolah

Kes Covid semakin meningkat, Menteri kata tak boleh terburu-buru tutup sekolah

Kementerian Pendidikan tidak boleh mengambil keputusan terburu-buru berhubung cadangan banyak pihak supaya sekolah di seluruh negara ditutup susulan pandemik COVID-19.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin, berkata ini kerana sebarang keputusan dibuat bukan hanya memberi kesan kepada kementerian itu tetapi juga seluruh negara.

Justeru, beliau menjelaskan bahawa langkah penutupan sekolah diambil berdasarkan data dan perincian pelbagai pihak, terutama Kementerian Kesihatan.

“Kita mendengar banyak cadangan dan perbincangan kenapa semua sekolah tidak ditutup.

“Saya ingin menjelaskan bahawa di kementerian, kita menaungi lebih lima juta murid dan pelajar serta lebih 500,000 guru dan warga kementerian.

“Oleh itu, sebarang keputusan (menutup sekolah) bukan hanya memberi kesan kepada kita. Ia juga memberi kesan kepada seluruh negara.

“Justeru, kami tidak boleh terburu-buru sebab kesannya amat besar,” katanya dalam program temu bual Soal Rakyat disiarkan TV3, hari ini.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/743071/covid-19-tidak-boleh-terburu-buru-tutup-sekolah-radzi

COMMENTS