Kes najib didakwa sebagai kes ikan bilis, ‘penyangak’ besar bakal terdedah

Oleh GEMILANGDAILY

Kes najib didakwa sebagai kes ikan bilis, ‘penyangak’ besar bakal terdedah. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tumpuan kepada kes berskala besar bagi menyelamatkan wang rakyat dan tidak lagi sekadar tertumpu kes kecil atau membabitkan golongan ‘ikan bilis’ semata-mata.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sasaran utama SPRM ketika ini adalah melaksanakan siasatan dan pencegahan berkesan dan pada masa sama meningkatkan keyakinan masyarakat dalam usaha kerajaan menangani rasuah.

“Tumpuan SPRM sekarang adalah rasuah berskala besar. Kalau dulu, terlalu banyak masa dan tenaga untuk menumpukan perhatian menangkap ikan bilis

Kes najib didakwa sebagai kes ikan bilis, 'penyangak' besar bakal terdedah

Dan  ini tidak akan banyak membantu kerana rasuah adalah satu hal yang sistemik,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Lo Su Fui (GRS-Tawau) mengenai strategi penambahbaikan dan fokus utama kerajaan melalui SPRM, untuk memastikan penyiasatan kes rasuah mendatangkan impak besar dan kesan nyata bagi mencapai agenda yang digariskan, sekali gus memulihkan imej negara di peringkat antarabangsa.

Mengulas kes berskala besar disiasat SPRM ketika ini, Perdana Menteri berkata antaranya skandal air terbesar di Sabah melalui Ops Water, membabitkan penyelewengan infrastruktur mencecah RM3.3 bilion, yang mana setakat ini aset berjumlah RM63 juta berjaya dikembalikan dan kes masih berjalan di mahkamah.

Selain itu, katanya, sindiket bitcoin membabitkan kecurian bekalan elektrik dengan kerugian sehingga RM2.3 bilion antara 2018 hingga 2021 (yang disiasat) melalui Ops Power dan tuntutan palsu dalam insentif semasa COVID-19 membabitkan Program Penjana Kerjaya melalui Ops Hire, dengan (wang) diselamatkan sebanyak RM426 juta.

“Kemudian, sindiket pengurangan saman trafik, yang juga membabitkan kelompok dalam sindiket kartel, seperti yang terdapat dalam JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) sebelum ini, yang mencecah jutaan ringgit.

“Saya percaya, penumpuan kepada kes skala besar itu, yang sudah dan sedang dijalankan akan memastikan rakyat, penjawat awam dan pimpinan politik melihat SPRM lebih agresif seperti yang dititah dalam Titah Diraja, semalam,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Su Fui mengenai sama ada penggubalan undang-undang berkaitan pendanaan politik akan diusahakan dalam masa terdekat, Perdana Menteri berkata, ada komitmen untuk meneruskan penggubalan akta itu, namun ia masih di peringkat awal.

“Kita melihat laporan dikemukakan dan saya percaya, jabatan berkenaan akan meneliti, bukan saja SPRM tapi juga parti politik, sebelum ia dikemukakan kepada Jawatankuasa Pilihan,” katanya.

Menjawab soalan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) mengenai komitmen kerajaan untuk meminda peruntukan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Perdana Menteri berkata, ia dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang.

BACA: 

Menteri dedah Ismail Sabri belanja RM62 juta hanya untuk jenama ‘Keluarga Malaysia’

Umur dah 70, baru bapak aku terhegeh cari anak, dulu tinggalkan terkontang-kanting tak ambil peduli, jengah pun tak, rupanya