Kes Najib tangguh kerana kempen PRK Chini, Inikah norma baharu COVID-19?

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan Tan Sri Rais Yatim mempersoalkan keputusan penangguhan perbicaraan kes mahkamah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Jelas Rais, pelepasan bagi membolehkan Najib berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini adalah suatu yang tidak wajar.
“Sekarang seseorang yang didakwa boleh memberi alasan perlu berkempen untuk tidak hadir ke mahkamah.
“Inikah norma baharu Covid-19? Mana semua undang-undang hilang?” soalnya di Twitter.
Now an accused person can cite the need to campaign as an excuse not to attend court. Is this a new norm following Covid19? Where have all the rules gone? Oh where have the rules gone? To the wind my friend, to the wind.
— RAISYATIM (@DrRaisYatim) July 2, 2020
Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan Najib menangguhkan perbicaran kes membabitkan dakwaan penyelewengan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Keputusan itu dibuat selepas permohonan dikemukakan peguam Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Shafee berkata, Najib mempunyai jadual ketat sepanjang kempen pilihanraya.
Mahkamah menetapkan perbicaraan kes bersambung 15 Julai ini.
Sumber: