Kesan diberi autonomi zaman PH, ‘ranking’ universiti tempatan semakin meningkat

Kesan diberi autonomi zaman PH, ‘ranking’ universiti tempatan semakin meningkat

5 Universiti Penyelidikan Malaysia: UM, UPM UKM, USM & UTM kini berada dalam senarai 200 terbaik dunia & Top 1% in the World.

UM meningkat sebanyak 11 tangga, UPM pula menaik 27 tangga, UKM sebanyak 19 tangga, USM 23 kenaikan, manakala UTM melonjak kepada 30 tangga.

Tahniah kepada para pentadbir, pensyarah, kakitangan dan pelajar semua universiti tersebut atas kejayaan ini.

Saya percaya ini semua boleh dicapai kerana sejak 2018-2019, universiti telah diberikan autonomi dan kebebasan untuk memilih kluster mereka sendiri.

Tiada lagi tekanan demi tekanan kepada setiap Universiti untuk mengejar ranking dan kedudukan. Hasilnya, budaya ilmu kembali subur dan hari demi hari kita menuai biji-biji benih suburnya keilmuan dan budaya cintakan pengetahuan yang kita bajai tempoh hari.

Ini demi mengembalikan institusi pendidikan tinggi kepada falsafah universiti iaitu sebagai medan intelektual terbuka dan perlu berperanan untuk masyarakat.

Saya doakan budaya ini terus diberi perhatian. Ranking dan kedudukan hanya akan dapat dicapai setelah budaya ilmu dan sikap cinta pengetahuan disuburkan di dalam minda ahli akademik kita.

Tahniah diucapkan kepada warga UM, UPM, UKM, USM & UTM atas kejayaan ini!

Sumber :