Kesan sampingan dos penggalak punca ramai warga emas enggan divaksin, ini komen pakar kesihatan..

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”hide” ]Kesan sampingan dos penggalak punca ramai warga emas enggan divaksin, ini komen pakar kesihatan, daftar dos penggalak dos penggalak sinovac cara daftar dos penggalak dos penggalak mysejahtera dos penggalak malaysia dos penggalak pfizer dos penggalak vaksin kesan dos penggalak dos penggalak astrazeneca[/bg_collapse]

 

Warga emas perlu diberi keyakinan dan maklumat yang betul bagi membolehkan mereka segera mengambil dos penggalak.

Pakar Kesihatan Awam, UPM, Prof Madya Dr Malina Osman berkata, angka yang menunjukkan masih ramai warga emas tidak mengambil dos penggalak mungkin berpunca daripada tiadanya penerangan yang betul tentang kepentingan dan kesan sampingan yang mungkin dialami.

“Saya dapati semasa pemberian dos penggalak pada November lalu, terdapat perubahan dari segi prasarana daripada pusat pemberian vaksin (PPV) kepada klinik swasta atau pusat perubatan yang lebih kecil.

“Jadi kadang-kadang mereka tidak diberikan maklumat atau nasihat yang tepat, dan apabila ada kesan sampingan, yang mungkin tak ada kaitan pun dengan vaksin, tetapi mereka menceritakan perkara itu kepada orang lain dan akhirnya menimbulkan rasa takut.

Kesan sampingan dos penggalak punca ramai warga emas enggan divaksin ini komen pakar kesihatan daftar dos penggalak dos penggalak sinovac cara daftar dos penggalak dos penggalak mysejahtera dos penggalak malaysia dos penggalak pfizer dos penggalak vaksin kesan dos penggalak dos penggalak astrazeneca

“Ini ditambah pula dengan pendapat dalam kalangan warga emas, ada yang merasakan cukuplah dengan dua dos vaksin, mereka rasa tidak perlu lagi untuk dapatkan booster.

“Ada juga kemungkinan mereka mendapat kesan sampingan semasa mendapatkan dos primer dahulu, menyebabkan mereka serik atau enggan lalui proses sama lagi,” katanya.

Justeru, Dr Malina melihat mereka yang rapat terutama anak-anak, perlu melipat gandakan usaha, memberi maklumat yang betul, selain memberi tumpuan terhadap semua masalah kesihatan yang timbul.

“Ini penting kerana banyak salah faham yang mengaitkan kesan sampingan dos vaksin atau penggalak, sedangkan mungkin ia berlaku sebab masalah tekanan darah, paras gula atau masalah jantung yang tidak diberi rawatan sewajarnya.

“Mereka perlu difahamkan yang kesan sampingan seperti demam, sakit badan dan sebagainya adalah kesan biasa.

“Jangan bandingkan kesan sampingan vaksin dengan situasi semasa sihat, sepatutnya kena bandingkan kesan vaksin dengan situasi jika mendapat jangkitan kerana tanpa vaksin atau dos penggalak, ada risiko mendapat jangkitan lebih teruk, mendapat komplikasi serius, long covid malah terdedah risiko kematian,” jelasnya.

Tambahnya, kesan sampingan vaksin yang serius dan sering digunakan untuk menakutkan orang ramai seperti radang jantung, sangat jarang berlaku malah pemerhatian klinikal mendapati semua kes ditangani dengan baik.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan terdapat kira-kira 32 peratus atau satu juta warga emas yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak.

“KKM ingin memaklumkan sekali lagi, semua penduduk berusia 60 tahun dan ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap sebelum 1 Mac 2022,” katanya pada sidang media di sini, pada Isnin.

BACA JUGA :

Penyelidik dedah ciri-ciri orang tak akan dijangkiti Covid-19

Netizen sindir Safawi rasid tak pandai cakap english, akhirnya Sapawi jawab, semua terkejut

Janna nick diekori lelaki tayang siput sedut sampai rumah

CATEGORIES