Kesemua 8 bahagian Umno Terengganu tolak kerjasama dengan Bersatu

Kesemua 8 bahagian Umno Terengganu tolak kerjasama dengan Bersatu

Kelapan-lapan UMNO Bahagian seluruh Terengganu telah selesai mengadakan Mesyuarat Perwakilan termasuk Wanita, Pergerakan Pemuda & Puteri di tempat masing-masing semalam.

Dalam mesyuarat kali ini kelapan-lapan UMNO Bahagian iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut telah sebulat suara meluluskan usul menolak sebarang kerjasama dengan parti PPBM.

UMNO Terengganu akan menyerahkan usul tersebut secara rasmi kepada Jawatankuasa Usul UMNO Malaysia dalam masa yang terdekat.

Dalam masa yang sama UMNO Terengganu akan terus menyumbang khidmat bakti untuk membantu rakyat yang terjejas khususnya ketika wabak pandemic yang masih belum berakhir pada ketika ini.

Dalam senario terkini yang berlaku di dalam negara kepentingan dan kebajikan rakyat tetap menjadi keutamaan parti UMNO dan Barisan Nasional yang telah diperjuangkan daripada dulu sehingga ke sekarang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu

Sumber :