“Kesian anak aku, teringin bapa tiri yang ikhlas sayang dorang, sebelum kahwin dia sanggup terima tapi lain pula jadi bila dah kahwin”

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Assalamualaikum semua.. Aku nak minta pendapat kalian, sebab aku agak kecewa dan sedikit terasa hati dengan situasi sekarang ni.

Aku cuma nak pendapat umum wajar ke aku ada perasaan macam sekarang ni. Maaf sangat – sangat sebab agak panjang.

Sedikit intro berkenaan diri aku. Aku berusia pertengahan 30an, mempunyai 3 anak, dua dari perkahwinan pertama dan seorang dari perkahwinan kedua.

"Kesian anak aku, teringin bapa tiri yang ikhlas sayang dorang, sebelum kahwin dia sanggup terima tapi lain pula jadi bila dah kahwin"

Suami kedua aku (Abu bukan nama sebenar) pula ada 3 orang anak dari perkahwinan pertama dia. Kiranya aku kahwin dengan duda anak 3.

Aku memang sengaja pilih duda ada anak sebab faktor umur aku masa tu dan juga aku nak lelaki yang dah ada pengalaman handle anak. Aku kahwin dengan Abu setelah 5 tahun menjanda, kami kenal sekejap beberapa bulan lepas tu terus nikah sebab aku malas nak berlama – lama.

Aku kenal Abu pun masa tu dia dah setahun menduda. Pernikahan kami sangat ringkas, sekadar ambil yang wajib saja walaupun kami berkemampuan. Kami berdua sekepala bab low profile dan tak suka berbelanja bila tak perlu.

Suami aku si Abu dengan anak – anak aku ok je masa berkenalan. Si Abu ni jenis tak banyak cakap, senyum je cakap pun sopan. Penerimaan anak – anak aku memang baik, dorang suka Abu. Sebab itulah juga aku decide kahwin dengan Abu sebab anak – anak aku suka.

Sebelum nikah kami ada bincang tentang perihal anak – anak. Aku ada beritahu Abu, aku nak kahwin dengan lelaki yang anak – anaknya boleh terima anak – anak aku, boleh bergaul elok sebagai adik beradik tiri. Aku nak ‘extended family’ yang harmoni dan tak ada benci membenci.

Abu kata in sha Allah ok je sebab anak – anak masih kecil mudah nak bergaul. Anak – anak Abu dengan ex wife dia kat negeri lain. Abu memang tak f1ght custody, dia rasa anak – anak lebih perIukan ibu berbanding ayah masa mereka masih kecil.

Abu pun sangat bertanggungjawab, nafkah dan kebajikan anak – anak dia tak pernah culas. Anak – anak Abu lebih muda dari anak – anak aku. Bab ex husband aku (Ahmad, bukan nama sebenar), penting juga untuk lengkapkan penceritaan ini. Ahmad dah berkahwin lebih dulu dari aku lepas kitorang bercerai.

Masa aku remarried dia dah ada anak seorang. Aku takde masalah dengan Ahmad sebab kitorang cerai cara baik dan Ahmad tak pernah abai tanggungjawab sebagai ayah. Makan pakai sekolah segala keperluan anak – anak aku memang duit nafkah ex husband aku bagi dan duit aku, bukan pakai duit Abu sebab memang bukan tanggungjawab dia.

Bab isteri baru Ahmad iaitu mak tiri anak – anak aku, sejak awal lagi aku sentiasa ingatkan anak – anak aku supaya hormat dan sayangkan mak tiri, hasilnya anak – anak aku sangat rapat dengan mak tiri dorang, sangat sayang dengan adik baru dorang juga.

Malah hubungan aku sangat baik dengan mak tiri anak – anak aku. Keluarga mak tiri anak – anak aku pun orang baik – baik, anggap anak – anak aku sebahagian dari famili dorang, bawa bercuti, belikan macam – macam dan sebagainya. Alhamdulillah aku sangat bersyukur bab ni.

Bila aku kahwin dengan Abu, dia tahu macam mana dinamik aku dengan ex aku dan keluarga ex aku. Jadi aku ingatkan, aku akan ok lah dengan anak – anak Abu juga, paling tidaklah.. Sebab aku takde niat nak jadi mak tiri jahat.

Aku sangat mudah nak sayang budak – budak inikan anak tiri aku. Sayangnya aku macam bertepuk sebeIah tangan. Walaupun aku dah kahwin masuk 3 tahun, aku masih belum dapat jumpa anak – anak tiri aku. Tahun pertama aku kahwin, ex wife Abu tak tahu pun, salah satu sebabnya memang kami tak buat majlis besar dan tak heboh – heboh sangat.. Keluarga rapat je tahu.

Kami berdua jenis tak upload hal personal ke media sosiaI. Abu bagitau ex wife dia dan anak – anak dia pasal dia dah kahwin baru pun lepas aku mengandungkan anak kami. Aku tak campur bab tu sebab bagi aku itu hak Abu nak bagitau atau tak.

Masuk tahun kedua kahwin bila anak – anak aku tanya bila nak jumpa adik beradik tiri, Abu kata ibu dorang belum benarkan. Tapi instinct aku kuat mengatakan ex wife Abu memang tak bagi anak – anak dia kenal aku pun.

Aku syak dia benci aku walaupun aku langsung tak terlibat dengan penceraian dorang, aku kenal Abu pun lepas setahun dorang bercerai. Sebab penceraian dorang lebih kepada tak sefahaman, bukan sebab ada orang ketiga, setahu akulah. Dia baik je dengan Abu, cuma dia tak suka aku.

Aku pun macam, ok takpelah kalau orang dah tak sudi takkan aku nak p4ksa. Kalau dorang nak benci aku tanpa sebab pun aku redha je. Apa aku boleh buat. Kasih sayang bukan boleh p4ksa. Masalahnya si Abu… Disebabkan ex wife dia tak benarkan Abu bermalam dengan anak – anak dia termasuk ke keramaian keluarga Abu, Abu tak mahu libatkan anak – anak aku dengan keluarga dia.

Contoh macam kalau mertua aku atau adik beradik si Abu buat kenduri kend4ra, Abu tak mahu bawa anak – anak aku. Anak – anak aku memang stay dengan aku, jadi kalau ada majlis macam tu, Abu akan suggest anak – anak aku balik rumah ex husband aku atau balik kampung nenek dorang.

Ada juga dia pergi seorang, aku dan anak – anak duduk rumah alasan dia keadaan tak sesuai. Aku pun tak adalah nak persoalkan sangat masa tu. Abu sendiri sebenarnya macam tak berapa nak rapat dengan anak – anak aku lepas kami nikah.

Kalau anak – anak aku ada, dia banyak duduk dalam bilik atau habiskan masa kat luar sampai pagi buta. Tapi bila jumpa anak – anak aku, dia masih layan ok, kadang – kadang tu ada juga belikan makanan, jajan, berborak.

Cuma seadanya jelah takde kata nak bermesra mesra macam ayah dan anak. Cakap pun mungkin 5, 10 minit lepas tu dia masuk bilik. Anak – anak aku ok je dorang faham boundaries. Bab mengecualikan anak – anak aku tu, aku perasan benda ni lama dah jadi aku pun berdepan la Abu.

Kenapa baru sekarang nak bincang, sebab aku tak nak tersalah anggap mungkin aku je fikir macam tu kan. Tapi bila m4kin ketara aku pun nak tau juga apa sebabnya. Bila aku tanya Abu, dia kata… Dia rasa bersalah kat anak – anak dia kalau dia bawa anak – anak aku balik jumpa famili dia sedangkan sepatutnya dia bawa anak – anak dia.

Dia tak boleh nak rapat sangat dengan anak – anak aku sebab dia rasa bersalah dengan anak – anak dia. Aku agak terk3jut juga bila dia terangkan macam tu. Macam tak masuk dek akal aku. Jujur aku macam tersentap sikit tapi aku cakaplah elok – elok.. Bukan salah anak – anak aku..

Kalau ex wife dia yang tak bagi anak – anak dia balik. Benda ni luar kawalan aku. Kenapa anak – anak aku kena tanggung impak sikap orang lain? Kenapa anak – anak aku perlu dikecualikan semata – mata sebab sikap selfish ex wife dia?

Contohnya anak – anak aku tak boleh spend raya dengan aku sebab Abu tak nak anak – anak aku ada sekali bila aku kena raya rumah mertua. Adil ke macam tu. Aku tak pernah ajar anak – anak aku membenci orang, tak pernah hasut anak – anak aku kata itu adik beradik tiri tak boleh sayang.

Malah anak – anak aku selalu ternanti – nanti bila boleh jumpa adik beradik tiri. Abu cakap, kemungkinan besar. Anak – anak dia tak nak jumpa dan tak suka anak – anak aku. Abu rasa ex wife dia ada cakap tak elok ke anak – anak dia menyebabkan budak – budak tu benci aku dan anak – anak aku.

Aku ingatkan aku kahwin dengan Abu, kami akan jadi keluarga besar, harmoni macam aku dengan ex husband aku. Abu cakap, bukan semua orang macam aku dan ex aku, boleh terima orang lain sebagai keluarga dengan mudah dan mengalu – aIukan.

Aku terkilan sangat – sangat. Anak – anak aku berjiwa tulus, dorang budak – budak lagi.. Masih sekolah rendah begitu juga anak – anak Abu. Kenapalah perlu ada yang hasut untuk benci, tak suka.. Sebab mak ayah berkahwin lain.

Lebih terkilan aku, Abu macam menghukvm anak – anak aku disebabkan masalah sebeIah sana. Selama ni aku bagi masa, aku tak pernah push kenalkan kami ke, nak jumpa anak – anak dia cepat ke.. Aku cuba sebaik mungkin, nak biarkan benda tu natural je, takde p4ksaan.

Aku tak kisah kalau aku saja dibenci, aku boleh faham. Ex wife dia mungkin masih ada feeling kat dia.. Tapi apa salah anak – anak aku? Sampai anak – anak aku kena ‘hilang’ bila famili Abu datang atau tak boleh ikut bila famili Abu jemput ke kenduri atau keramaian?

Sungguh tak adil buat anak – anak aku. Sekarang aku pula rasa bersalah sangat kat anak – anak aku. Mungkin masa cakap tu aku tak dapat sembunyikan rasa terkilan, aku cakap pada Abu, ikutkan aku tak perlu berkahwin dengan dia pun. Aku financially independent. Aku boleh membesarkan anak – anak sendirian selama 5 tahun.

Ex husband aku duduk negeri lain tapi aku tetap tak ada sebarang masalah menguruskan anak – anak aku pada masa sama turut bekerja. Aku berkahwin lagi sebab aku nak ada father figure dalam rumah aku dan anak – anak.

Anak – anak aku perempuan, kalau ada father figure at least dorang tak terhegeh – hegeh mencari kasih sayang lelaki kat luar sana sebelum waktunya (pakar psik0logi mengatakan anak perempuan tanpa ayah / father figure cenderung terjebak dalam percintaan awal usia).

Ya betul anak – anak aku ada ayah kandung yang bertanggungjawab, tapi dorang cuma berjumpa 2 minggu sekali atau sebulan sekali. Bukan duduk serumah. Perkara ni aku dah jelaskan sebelum kahwin lagi. Dan aku juga berkali ingatkan aku tak kisah langsung kalau anak – anak dia nak duduk dengan kami, aku terima dengan tangan terbuka.

Aku bersedia jaga makan minum besarkan anak – anak sama – sama, beri layanan adil macam anak – anak aku sendiri. In sha Allah. Aku ingatkan dia semula apa harapan aku sebelum kahwin. Keutamaan aku adalah pada anak anak aku, kalau keluarga bakal suami tak ok or bakal suami tak ok, memang aku pilih menjanda saja.

Tapi keluarga Abu baik, cuma Abu je sekarang ni mengecualikan anak – anak aku atas alasan dia rasa bersalah pada anak – anak dia. Serius hati aku s4kit. Lebih s4kit lagi sebab Abu cakap dia juga rasa bersalah pada anak – anak dia kat sana sebab dia luangkan banyak masa dengan anak kami.

Kami ada seorang anak bersama, lahir lepas setahun lebih kami nikah. Ei rasa nak meng4muk pun ada tapi aku tahankan saja. Apa salah pulak anak aku yang kecil ini. Abu ni asyik rasa bersalah tapi tak nak confront ex wife dia, alasan tak mahu g4duh tapi aku dan anak – anak jadi m4ngsa.

Aku dah terima hakik4t mungkin aku dilabel mak tiri jahat, walaupun anak – anak tiri aku tak pernah jumpa aku pun. Aku tak kisah tentang pandangan orang pada aku, tapi melibatkan anak – anak aku memang aku geram. Aku makan hati dengan Abu. 3 tahun ni rupanya ini yang dia rasa.

Kesian anak – anak aku, macam teringin sangat dapat bapa tiri yang ikhlas sayangkan dorang. Abu cakap anak – anak aku tak kurang apa – apa sebab ramai sayang. Ayah kandung, Mak tiri atuk nenek semua sayang. Kira macam tak perlu kasih sayang dia atau keluarga dia pun.

Habis aku kahwin dengan dia untuk apa? Aku rasa Abu dah misleading aku dari awal dengan meyakinkan aku masalah macam ni tak ada. Salahke aku rasa kecewa, rasa macam salah buat keputusan kahwin lagi dulu? Wajar ke aku rasa macam ni, rasa geram sebab dia kecualikan anak – anak aku?

Salah ke aku nak anak – anak aku ada father figure, tamak ke aku ni? Tak bersyukur ke aku, benda ni normal ke bapa tiri macam ni? Atau aku je berlebih lebihan over thinking? Segalanya berubah lepas aku berbincang dengan Abu malam tu.

Perasaan aku tak lagi positif je macam sebelum ni. Aku masih sayang Abu, dia pun suami yang baik. Cuma aku asyik terfikir fikir benda ni bila tengok anak – anak aku. Perlu ke aku tutup mata je anggap benda ni tak berlaku?

Perlu ke aku terus terang pada keluarga mertua aku yang aku selalu tak dapat hadir kenduri kend4ra sebab Abu tak nak anak – anak aku ada?

Aku pun tak tau nak terangkan macam mana kat anak – anak aku, supaya dorang putus harapan nak jumpa adik beradik tiri atau nak rapat – rapat dengan Abu. Janganlah kecam aku, aku cuma mahu pendapat. Terima kasih. – Seroja (Bukan nama sebenar)

BACA: ‘Suami aku licik’, bila semak tiada rekod jenayah syariah, rupanya guna khidmat ‘ulat’ dalam pejabat agama