Ketagih nasi goreng seafood punca lelaki Jerman 8 kali datang Malaysia

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Melancong ke luar negara memang menjadi impian ramai orang. Ia memberi peluang untuk mengenali budaya baharu,

Menikmati pemandangan menarik, serta memperluaskan pengalaman hidup, sesuai dengan pepatah “jauh perjalanan, luas pengetahuan.”

Namun, pernahkah anda terfikir mengapa ada pelancong luar negara yang memilih untuk kembali ke destinasi yang sama berulang kali?

Begitulah kisah seorang lelaki dari Leipzig, Jerman, bernama Jan, yang telah beberapa kali berkunjung ke Malaysia

Dalam satu perkongsian video di TikTok oleh pengguna @gomalaysia, Jan berkongsi sebab mengapa dia sangat menyukai Malaysia dan sanggup kembali berkali-kali.

Ketagih nasi goreng seafood punca lelaki Jerman 8 kali datang Malaysia

Keistimewaan Malaysia di Mata Jan

Jan mengakui bahawa perkara paling istimewa tentang Malaysia adalah rakyatnya yang peramah dan mesra.

@gomalaysiaHave you met Jan from Leipzig, brother-in-law of Hans?🤩 This Dutch-German family is seriously in love with Malaysia! 👏🇲🇾🫶 #Terengganu #Malaysia #Kapas #travelingtips #snorkeling #diving #divingmalaysia #inlovewithmalaysia #visitmalaysia2026 @Tourism Malaysia @Beautiful Terengganu Malaysia

♬ original sound – Go Malaysia!

“Saya tak pasti, mungkin ini kali ke-6, ke-7, atau ke-8 saya datang ke Malaysia. Rakyat Malaysia sangat peramah dan menakjubkan. Saya suka rakyat Malaysia,” katanya semasa ditemu bual.

Apabila ditanya tentang apa yang perlu diketahui pelancong luar mengenai Malaysia, Jan menegaskan bahawa negara ini kaya dengan kepelbagaian budaya.

“Malaysia mempunyai ramai penduduk daripada pelbagai latar belakang seperti Melayu, India, Cina, orang asli, dan pelancong luar negara. Ini membuatkan negara ini sangat unik,” katanya lagi.

Nasi Goreng Seafood Pilihan Hati

Selain itu, Jan turut mendedahkan makanan kegemarannya setiap kali tiba di Malaysia, iaitu Nasi Goreng Seafood. Hidangan ini, katanya, wajib dicuba oleh sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini.

Reaksi Netizen

Video perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen, termasuk cadangan tempat dan makanan lain untuk Jan cuba pada kunjungan seterusnya.

Antara komen yang menarik perhatian:

“Kalau dah 8 kali datang, bukan suka lagi dah. Itu dah kira menetap, haha,” seloroh seorang pengguna.

“Terima kasih! Harap awak sempat lawat Taman Negara. Nikmati keindahan alam semula jadi di sana,” cadang seorang lagi.

“Malaysia memang unik. Awak akan bertemu dengan pelbagai bangsa yang peramah dan suka membantu,” tulis seorang netizen.

Kisah Jan ini membuktikan bahawa hospitaliti dan keunikan budaya di Malaysia adalah tarikan utama yang membuatkan pelancong ingin datang semula ke negara ini.

BACA: Siapa sangka menu Kelantan ‘mendunia’ di London, ini kisah keluarga cina raih RM 2juta dengan jual nasi kerabu