Ketepatan ijtihad TGNA dikagumi, pengkhianat tak boleh sembunyi

Ketepatan ijtihad TGNA dikagumi, pengkhianat tak boleh sembunyi

Ramai sahabat berkata, Tun Khianat sebab tak bertindak terhadap pengkhianat seperti Azmin.. Malah takda apa apa komen tentang Azmin.. apalagi melibatkan Pengkhianat dalam parti bersatu ketika jadi PM..Dalam Politik macam tu lah.. Bukan mudah buat keputusan dalam Politik…

samalah bertapa lama pemimpin PH, Wan Azizah tahu sikap khianat Azmin dalam PKR sebelum PRU 2018… Tetapi begitu susah untuk depa buat keputusan.. Sebab apa ? Sebab ada kepentingan yang lebih besar dalam menghadapi regim Najib pada masa itu..

hatta ketika Pemilihan PKR, beberapa kali Azmin menghina Ds Anwar.. PKR tetap bersabar dan sukar mengambil keputusan untuk memecat Azmin..Samalah situasi di Selangor hari ini.. Dengan pengumuman Ketua Wanita PKR Selangor semalam..Apakah DSAI dan PKR tidak tahu kecenderungan Daroyah tu.. dah lama PKR tahu..Tapi susah untuk buat keputusan..

Kalau ikut Pandangan aku, inilah waktu dan ketikanya Ds Anwar perlu segera merombak Kerajaan Selangor, juga menggantikan MB yang ada hari ini biarpun dia melafazkan ikrar taat setia dengan Ds Anwar,

Bukan Daroyah seorang..ada lebih 8 nama lagi..Ramai lagi nama yg dikaitkan dengan kartel Azmin.. malah nama Amiruddin MB Selangor pun pernah disebut sebut orang kuat Kartel Azmin.. Apakah Ds Anwar tidak tahu ? tahu.. tapi itulah Politik.. ada kepentingan yg lebih besar untuk dicapai..

Begitu juga aku masa dalam PAS.. Bukan kita tidak tahu Haji Hadi, Nasaruddin Mat Isa, hassan Ali Khianat berunding dengan UMNO.. semua AJK PAS pusat tahu..Tapi nak buat keputusan.. melawan Pengkhianatan ini bukan mudah..ada kepentingan yang lebih besar menjaga kekuatan parti dan Jamaah..

dalam sejarah Politik.. apa yang aku lihat, Cuma Almarhum Tok Guru Nik Aziz yang punya aura luar biasa.. Putih kata dia..maka putih lah.. Hitam kata dia..maka hitam lah.. Ijtihad Almarhum Tok Guru Nik Aziz jarang salah.. sepertinya Almarhum Tok Guru Nik Aziz ada sixth sense..Seperti saidina Umar yang mana Wahyu Allah benarkan ijtihadnya berbanding Nabi…

Sebelum ni..aku sendiri tak faham, Almarhum Tok Guru cukup marah dengan Nasaruddin mat Isa..Walhal tak pernah Nasaruddin Mat Isa kata apa pada Tok Guru Nik Aziz.. hari ini baru kita faham peranan depa..Beberapa kali Almarhum Tok Guru berjaya menyelamatkan Pakatan Rakyat dari dikhianati..

Itulah hebatnya Tok Guru Nik Aziz dalam Politik..apa yg pernah dia kata..dia ucapkan termasuk hal rampasan kuasa..Boneka UMNO..ia berlaku dihadapan kita hari ini..

Begitu juga ketika Tok Guru memuji Tun Mahathir.. biarpun Tun ketika itu berlaku zalim pada Ds Anwar.. dan Tun sendiri cukup bermusuh malah sering menghina Tok Guru Nik Aziz.. Tapi bagi Tok Guru semua itu tak penting, melainkan tujuannya mencapai matlamat Politik dan dakwah.. pernah sampai Tok Guru pelawa Tun sertai PAS..

Walhal kalau kita tengok Tok Guru Nik Aziz ni perwatakan dia lekeh jer..Takda lah pandai sangat berpidato.. Hanya beserban dan berkain pelikat…jarang dia pakai Jubah lambang kebesaran dan kemegahan, gaya Ulama Kabir macam Presiden PAS hari ini…

Jadi dalam Politik memang mudah kita nak cakap..Buang orang ni..Buang orang tu..Orang ni Pengkhianat.. Kadang2 ada yang kita rasa salah..walhal dia betul..ada yg kita rasa betul..Dialah Pengkhianat.. Contohnya PM tebuk Atap hari ini..

Cuma Ahli I’rfan mcm Tok Guru Nik Aziz dan Almarhum Sheikh Said Ramadhan Al bhuti saja bukan orang Politik..tapi mereka Faqih dalam urusan Masyarakat dan Politik..Ulama yang boleh nampak fitnah dan apa bencana yang akan berlaku dimasa depan… Jarang ada Mujtahid dan Mujaddid seperti ini..:)

Ipohmali

Sumber: