Ketika sesi soal jawab masa ceramah Ustaz Azhar Idrus, tiba-tiba soalan kanak-kanak ini buat ramai terkejut
Beliau terkenal dengan gaya penyampaian dan ceramahnya amat bersahaja, diselit dengan jawapan pekat dengan slang Terengganu.
Tidak hanya orang dewasa, malah kanak-kanak juga ada yang meminatinya. Sehingga kini dia masih mendapat sambutan ramai jika berkunjung memberikan ceramah.
Namun, lain pula yang terjadi apabila seorang budak lelaki dengan ‘random’ bertanyakan soalan kepada penceramah tersebut telah mengundang tawa ramai.
UAI pun terkejut dengar soalan budak itu
Menerusi video tersebut, kelihatan UAI sedang memberikan ceramah di sebuah masjid dan dihadiri orang ramai.
Namun, tiba saja sesi soal jawab, seorang budak dengan berani bertanyakan soalan kepadanya.
“Apa hukum suami isteri berselimut dalam keadaan berbogel,” tanya budak itu.
@safuanaridynata Budak umur 10 tahun tanya soalan orang dewasa pada UAI #ceramah #uai #ustazazharidrus #malaysia #fyp #soalandewasa ♬ original sound – Safuanaridynata Pedagang
Walaupun terkejut, tetapi UAI kemudian tetap menjawab pertanyaannya.
“Kalau mereka sudah berkahwin Allah halalkan,” jawab UAI.
“Dia tengok mama dan papa dia la tu” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka masing-masing.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 71.4K views, 857 likes dan 95 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
BACA: