Projek itu dibatalkan dan kini terbiar di tengah-tengah bandar. Sebuah bangunan pencakar langit setinggi 596.49 meter di Tianjin, utara China, masih terbiar sejak memulakan pembinaannya 10 tahun lalu.
Goldin Finance 117 memegang rekod dunia sebagai bangunan terbiar dan tidak berpenghuni tertinggi di dunia, selepas kerja pembinaan dihentikan beberapa tahun lalu.
Menurut Rekod Dunia Guinness (GWR), pemilik bangunan tersebut, pemaju Goldin Properties dari Hong Kong, menghadapi masalah kewangan
berikutan kejatuhan pasaran saham China pada 12 Jun 2015, dan terpaksa menggantung kerja pembinaan pada Disember tahun yang sama.
“Masalah ini diperburuk oleh kegagalan berprofil tinggi apabila pada April 2020, kerajaan China mengisytiharkan peraturan perancangan
bandar baharu yang mengharamkan pembinaan bangunan baru dengan ketinggian lebih daripada 500 meter dan sangat mengehadkan pembinaan bangunan lebih tinggi daripada 250 meter,” kata pihak GWR.
Bangunan tersebut, hasil idea jutawan kelahiran Hong Kong, Put Sutong, sepatutnya mempunyai 128 tingkat dan dilengkapi pusat beli-belah utama.
Namun, beberapa tahun lalu, projek itu dibatalkan dan kini terbiar di tengah-tengah bandar.
Menurut SkyscraperCity Forum, kos pembinaan bangunan tersebut adalah AS$820 juta (RM3.68 bilion), namun meningkat kepada AS$1.2 bilion (RM53.9 bilion).
Pencakar langit ini kini memegang gelaran sebagai bangunan terbiar tertinggi di dunia. Setakat ini, masih belum diketahui sama ada bangunan ini akan dirobohkan atau diubah suai untuk mematuhi peraturan ketinggian.