Ketua Penerangan Umno positif Covid-19 selepas pulang kempen Sabah

Ketua Penerangan Umno positif Covid-19 selepas pulang kempen Sabah

Timbalan Ketua Pemuda Umno, Shahril Hamdan dijangkiti Covid-19 setelah berkempen dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah.

“Positif Covid-19. Tiada gejala yang jelas melainkan penat sikit.

“Buat keputusan untuk buat ujian semalam di Kuala Lumpur untuk langkah berhati-hati setelah adanya kes ketika saya berkempen di Sabah.

“Baru sahaja diterima panggilan dan akan dimasukkan (ke hospital) hari ini,” katanya di Twitter.

Shahril juga meminta maaf kerana menyebabkan individu lain memiliki kontak dengannya.

Shahril merupakan pesakit Covid-19 kedua dari Sabah yang tiba ke semenanjung setelah berlakunya lonjakan kes di negeri itu sejak bulan lalu.

Kempen bagi PRN Sabah bermula pada 12 Sept sehingga tengah malam 25 Sept.

Semalam, bank UOB cawangan Kepong terpaksa ditutup bagi kerja-kerja pembersihan setelah kakitangannya diuji positif Covid-19.

Kakitangan berkenaan telah melawat Sabah dari 10 hingga 13 Sept lalu.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/543681