Ketua Setiausaha Perbendaharaan ‘hilang’ semasa Anwar masuk MOF

Oleh GEMILANGDAILY

Ketua Setiausaha Perbendaharaan ‘hilang’ semasa Anwar masuk MOF. Status Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Datuk Seri Asri Hamidin menjadi teka-teki apabila beliau tidak kelihatan ketika majlis sambutan hari pertama Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi tadi.

Malah, ketika sidang media selepas program taklimat dengan Perdana Menteri yang dihadiri pegawai kanan Kementerian, Anwar turut menyebut perbincangan mengenai kedudukan penasihat kewangan negara dengan KSP baharu.

Beliau yang diminta mengulas mengenai kedudukan penasihat khas kewangan yang diketuai Tan Sri Mohd Hassan Marican, menyatakan sebarang perkara termasuk keahlian dan akses terhadap maklumat kewangan negara akan dibincangkan dengan pegawai kanan kementeriannya serta KSP yang baharu.

“Saya perlu berbincang dengan Tan Sri Hassan mengenai syarat serta keutamaan.

“Dan sudah tentu kami akan merujuk berbincang dengan pegawai kanan berkaitan dan KSP baharu,” katanya.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan 'hilang' semasa Anwar masuk MOF

Anwar bagaimanapun tidak menyatakan siapa KSP baharu itu manakala hantaran melalui akaun Twitternya juga tidak menyebut mengenai KSP baharu.

Sementara itu, BH difahamkan bahawa Asri, 56, yang dilantik pada 2020 sudah dicutikan.

Cubaan untuk mendapatkan maklumat daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali tidak berhasil.

BACA:

Pemuda buat ‘content’ campak tunai RM1,000 di shopping mall

Siti Saleha temui cinta baru selepas 10 bulan bercerai

Persembahan pertama Zamani selepas operate tulang belakang buat peminat menangis