Khairuddin dakwa PH terpalit dengan dosa besar

Khairuddin dakwa PH terpalit dengan dosa besar

Pemimpin Pas yang terpalit dengan kontroversi tidak menjalankan perintah kuarantin, Khairuddin hari ini tampil dengan status FB menyalahkan PH dan DAP yang menyerang kerajaan PN dengan isu remeh.

Menurut beliau lagi, PH dan DAP telah melakukan dosa besar dan terpalit dengan pelbagai penyelewengan sepanjang mentadbir negara 22 bulan.

Antara contoh penyelewengan yang disebut Khairuddin adalah isu terowong dan banglo yang sebenarnya berlaku sebelum PH menerajui negara lagi.

Status FB beliau adalah seperti berikut :

PH dan DAP tidak akan berhenti menyerang kerajaan baru ini dengan isu-isu kecil. Sedang mereka terpalit dengan pelbagai penyelewengan dan dosa besar melibatkan negara.

Rasuah puluhan juta melibatkan terowong dan banglo adalah maksiat besar. Menghina Islam dan mengenepikan Islam dalam pentadbiran adalah maksiat besar. Jangan lupa kejahatan dan kebobrokan PH ketika mentadbir negara melibatkan Melayu dan Islam.

Inilah yang perlu didendangkan dan dizikirkan tanpa henti oleh semua pendokong MN dan PN.

Dr Khairuddin Takiri

Sumber :