Khairuddin zahir kebimbangan PN mungkin berpecah

Khairuddin zahir kebimbangan PN mungkin berpecah

Pemimpin Pas yang juga merupakan Menteri Komoditi kerajaan PN, Khairuddin melahirkan kebimbangan PH akan memecah belahkan muafakat yang terjalin antara parti-parti dalam PN.

Kebimbangan itu dizahirkan menerusi status Facebook yang dinaikkannya yang menyatakan “Kalau kita tidak menjaga muafakat kita, pecah dan perintah akan berulang terhadap kita.:”

Khairuddin yang sebelum ini terpalit dengan isu melanggar arahan SOP yang diperkenalkan kerajaan menerima kritikan seluruh rakyat Malaysia bahkan desakan paling kuat adalah untuk beliau melepaskan jawatan menteri yang disandang. Namun beliau menolak cadangan itu dan menyalahkan PH dan DAP yang beliau dakwa telah melakukan sabotaj terancang terhadap dirinya.

Beliau menulis ” Kita diberikan kerajaan pada Mac 2020. Sebenarnya ia bukanlah semata-mata kebetulan. PECAH dan PERINTAH, itulah PH. Mereka terus berusaha Pecah Perintah kita, antara PAS, UMNO dan BERSATU. Kalau kita tidak menjaga muafakat kita, pecah dan perintah akan berulang terhadap kita.”

Hubungan antara tiga parti melayu dalam Perikatan Nasional menjadi polemik apabila menjelang urusan agihan kerusi sesama mereka.

Sikap saling tidak mempercayai antara satu sama lain menjadi faktor semua pihak amat berhati-hati dalam rundingan sehingga boleh membawa kepada jalan buntu.

Rakyat juga melihat gabungan ini sebagai gabungan rapuh yang akan menjadi porak peranda seperti mana PH selepas PRU14 yang lalu jika diberikan kuasa kerana gabungan ini terdiri dari sekumpulan pengkhianat yang bekerjasama menjatuhkan kerajaan PH sebelum ini.

Sumber :