Zaman sekarang dengan teknologi yang ada maka ramai mengambil kesempatan dengan menggunakan wajah orang terkenal untuk menjual produk mereka.
Sebelum ini tular gambar palsu konon pempengaruh media sosial, Khairul Aming beratur panjang untuk membeli produk mereka.
Kini muncul pula satu video siap dengan suara dan riak wajah kononnya Khairul Aming menjual kuali atas alasan kilangnya dimasukki air banjir.
Tapi jika terlihat dengan betul ada sedikit ‘glitch’ pada mata dan bibir di kalau video tersebut dimainkan.
Menerusi laman X, Khairul Aming tampil meluahkan rasa kesal dengan peniaga yang mengambil kesempatan atas dirinya.
“Hari tu bermula dengan photoshop. Sekarang sampai suara aku pun jadi AI (Artificial Intelligence). Bayangkan berapa banyak benda boleh jadi fitnah nanti,” ujarnya di laman X.
Hari tu bermula dengan photoshop. Now sampai suara aku pun jadi AI sekarang. Imagine berapa banyak benda boleh jadi fitnah nanti pic.twitter.com/yA1MEjiFyh
— Khairulaming (@khairulaming) August 14, 2024
Rata-rata netizen menasihatkan Khairul Aming untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas peniaga tersebut.
“Cari penjual dia, lepas tu saman RM100juta. Bagi perniagaan dia bungkus terus.
“Mak saya dah tengok video ni dah lama ya. Hari tu lagi dia cakap tolong belikan dia kuali Khairul Aming.
“Bayangkan makcik-makcik yang tak tahu sangat pasal AI ni. Mahu dia belikan untuk kawan-kawan avon dia sekali sebab KA yang promote,” antara komen netizen.
Baca juga: ‘Kerana terlalu inginkan zuriat, aku terpaksa kurangkan pulang ke rumah mertua’