Khairul Aming Mengaku Masih ‘Single’ alasannya buat ramai gadis kecewa

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Apabila ditanya tentang perkahwinan, pempengaruh dan usahawan terkenal Khairul Aming berkata

dia kini mahu fokus mencari duit dahulu dan mengakui masih single.

Dalam video TikTok oleh Akmal Hidup Amoi, Khairul Aming dengan nada ceria menyatakan

dia mahu stabilkan kewangan dahulu sebelum mendirikan rumah tangga dengan mana-mana wanita.

Selain itu, KA juga meminta pemilik akaun TikTok tersebut untuk mencarikannya seorang calon isteri memandangkan dia belum mempunyai pilihan hati sendiri setakat ini.

Khairul Aming Mengaku Masih ‘Single’ alasannya buat ramai gadis kecewa

Video tersebut menarik perhatian warganet, yang rata-ratanya berseloroh bahawa seorang usahawan berjaya pun perlu kukuhkan ekonomi sebelum berumah tangga, apatah lagi kita yang menonton videonya.

Selain itu, ada juga yang mengambil peluang menawar diri untuk menjadi calon isteri buat KA.

BACA: “Mak mertua menyampah dengan aku, katanya aku mengada alahan mengandung, lembik tak boleh tahan”