Khairul Aming terkejut tahu perangai pengurusnya, “saya mohon maaf”

Khairul Aming terkejut tahu perangai pengurusnya saya mohon maaf

Khairul Aming terkejut tahu perangai pengurusnya, “saya mohon maaf”. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan usahawan dan chef terkenal ini, Khairul Aming yang mana dia juga antara personaliti media sosial yang humble dan disenangi orang ramai kerana sikapnya sejak dahulu sehinggalah sekarang menjadi individu yang popular.

Walau bagaimanapun tiada angin, tiada ribut. Sejak kelmarin timbul pula satu isu yang membabitkan pihak pengurusan Khairul Aming apabila ada yang mendakwa menerima layanan buruk. Perkara itu sedikit sebanyak menyebabkan ramai juga turut terkesan.

Namun begitu, Khairul Aming dengan tenang menghadapi situasi tersebut yang mana dia tampil meminta maaf dan difahamkan mulai hari ini, dia menerusi Twitter berkata akan sendiri menguruskan semuanya.

Buat masa ini juga, Khairul Aming akan berhenti sekejap membuat video untuk pelanggan termasuklah produk makanan, restoran atau seminar dan sebagainya kerana dia ingin fokus melakukan apa yang telah dia sukai daripada 7 tahun lalu iaitu video masak.

Khairul Aming turut mengambil kesempatan itu untuk berulang kali meminta maaf kepada pihak yang terlibat sebelum ini dan akan cuba untuk memperbaiki lagi selepas ini.

Khairul Aming terkejut tahu perangai pengurusnya saya mohon maaf

“Ramai juga yang nasihat…”

Hantaran Khairul Aming di Twitter tersebut yang memohon maaf atas isu itu membuatkan ruangan komen juga ditinggalkan pelbagai reaksi.

“Saya puji sikap ini, harus diteladani…”

“Please suruh ur manager yang buat permohonan maaf…”

“Bagus KA ambil tindakan segera…”

BACA:

OPR naik lagi, orang ramai mula bimbang ‘makanan atas meja’

Risalah “Undi PAS masuk syurga”, ini respon Fadhli

Kerajaan jatuh hukuman mati kepada aktivis LGBT

CATEGORIES