Khairy selesaikan tugas di MOSTI, siap sedia peralihan kerajaan

Khairy selesaikan tugas di MOSTI, siap sedia peralihan kerajaan

Menteri MOSTI, Khairy Jamaluddin memuatnaik satu status di Instagram beliau menyebut “Selesaikan tugasan di MOSTi bersama Timbalan Menteri @hajiamzad sekiranya ada penghuni baharu mengambil alih. Kerajaan datang dan pergi. Pentadbiran negara mesti diteruskan. All the best.”

Status itu dinaikkan dipercayai setelah Anwar menghadap YDP Agong pagi ini dan ura-ura perubahan kerajaan bertiup kencang.

Khairy yang dilantik menerajui MOSTI bersama timbalannya daripada Pas dilihat agak kurang menonjol dalam pentadbiran kerajaan PN.

Ura-ura pertukaran kerajaan bertiup kencang sebelum ini setelah Anwar memaklumkan telah mendapatkan majoriti yang kukuh untuk membentuk kerajaan dan ia kembali hangat hari ini apabila Anwar menghadap YDP Agong bagi mempersembahkan senarai sokongan yang diterima oleh beliau.

Anwar akan mengadakan sidang media khas petang ini bagi menjelaskan situasi terkini yang berlaku.

Sumber : https://www.instagram.com/stories/khairykj/2418822192948301514/