Kieda Crepe dikecam hebat dah berlagak diva, “suka hati je maki staff orang”

Oleh GEMILANGDAILY

Kieda Crepe dikecam hebat dah berlagak diva, “suka hati je maki staff orang”. Tular di media sosial semalam mengenai kisah seorang usahawan kek dan juga pensohor media sosial, Kieda Crepe yang dikatakan mengkritik sikap pekerja sebuah pasar raya kerana tidak membantunya membawa barang-barang yang dibeli ke dalam kereta.

Berikutan video yang menjadi ‘viral’ itu, Kieda kemudiannya dikecam hebat oleh netizen yang merasakan dirinya terlalu ‘entitled’ kerana statusnya yang bergelar ‘influencer’ media sosial.

Kau beli 5K barang ada troli en ? Kedai kau barang kecik2, ada troli ? Kau boleh lah cakap oh kau hargai tolong angkat apa semua.

Kedai kau tu jual barang kecik2. Lotus tu barang2 besar siap dengan troli, bukannya tak ada troli. Lain lah kalau tak ada troli, amenda kau ni ?

 

Kieda Crepe dikecam hebat dah berlagak diva, "suka hati je maki staff orang"

Susulan daripada kutukan dan kecaman yang diterimanya, Kieda telah tampil memohon maaf di atas keterlanjuran kata dan kritikannya terhadap pekerja pasar raya tersebut.

Jelasnya, dia tidak memaki staff tersebut sebaliknya hanya meminta pertolongan kerana tidak cukup tangan.

Allah angkat darjat Kieda dengan pelbagai cara. Mengaku khilaf Kieda sebab melawak dengan tone suara yang semua tak boleh terima.

@kiedacrepeKieda minta maaf yaa semua 🫶🏻♬ Selawat Nabi Muhammad Saw – N.I.A

Kieda minta maaf ya semua, minta maaf kalau buat ramai terasa hati. Keida bukan maki staf depa, cuma Kieda minta tolong saja. Kieda selalu support.

Tipu la kalau tak terasa hati. Sekali lagi Kieda minta maaf.

Sementara itu di ruangan komen TikTok Live Kieda itu juga terlihat wakil daripada pasar raya berkenaan turut memohon maaf kepada usahawan itu

BACA:

Pakcik sedekah 2 mesin dialisis harga RM80k, rupanya dia baru lepas ‘jackpot’ 6 angka!

Bekas askar kena serangan seksual dengan rakan sekerja, nekad saman kerajaan