Kilang arak boleh beroperasi kenapa IKS tak boleh?

Kilang arak boleh beroperasi kenapa IKS tak boleh?

Tiada lagi pengesahan atau penafian dari KPDNHEP berhubung surat ini.

Sekiranya ia benar, beberapa persoalan saya:

Apakah asas bagi penghasilan minuman keras lagi memabukkan dianggap industri penting (essential) sehingga mendapat pengecualian ini?

Sekiranya minuman keras diberikan pengecualian sewaktu PKP, mengapa tidak industri makanan yang tiada unsur negatif pada akhlak dan moral apatahlagi kesihatan seperti IKS/PKS? Nasi lemak? Pisang goreng?

Sudah tentu ia tiada kaitan dengan status agama dan bangsa menteri KPNHEP, Alexander Nanta Linggi. Tetapi, keputusan ini sangat memerlukan penjelasan dari pihak KPDNHEP.

Adakah tokoh-tokoh politik dan agama merasakan ia selari dengan polisi kerajaan Melayu-Islam tebuk atap PN?

Adakah belum ada dasar polisi baru berhubung ‘unsur-unsur’ haram dalam pegangan Melayu-Islam dalam kerajaan PN?

Adakah pihak KPDNHEP bersedia memberikan kebenaran dan keistimewaan yang sama kepada ribuan IKS/PKS Melayu-Islam yang terjejas akibat PKP seperti yang dialami industri minuman keras arak Heneikan itu?

Mohon bertanya dan mohon dijawab.

Abu Hafiz Salleh Hudin
Kuala Lumpur

Sumber :