‘King’ banyak termenung dan memencilkan diri masa sambut Aidilfitri undang perhatian netizen.
Semalam, dunia hiburan digemparkan dengan satu khabar berita sedih mengenai pemergian pelakon hebat iaitu Ridzuan Hisham.
Pemergian beliau sememangnya memberi kesan dalam industri seni,
memandangkan lakonan hebatnya sering menjadi perhatian ramai dan mendatangkan rasa sedih daripada kalangan keluarga serta rakan selebriti.
Susulan pemergian Allahyarham semalam, satu video sambutan Hari Raya Aidilfitri yang memaparkan Ridzuan baru-baru ini telah mencuri perhatian kerana jelas arwah kelihatan tidak bermaya.
Arwah sememangnya kelihatan tidak bersemangat biarpun dikelilingi dengan suasana meriah sambutan Hari Raya Aidilfitri, malah Ridzuan juga hanya memberi senyuman tawar sewaktu bergurau senda bersama keluarga.
View this post on Instagram
Bukan itu saja, semasa bergambar bersama ahli keluarga, arwah hanya memencilkan diri sambil berdiri di tepi tangga dan tidak semangat untuk mengucapkan ucapan Hari Raya.
Semalam, menerusi Instagram, bekas isteri arwah iaitu Didie Alias mengesahkan berita pemergian Ridzuan.
Sekadar info, Allahyarham Ridzuan dan Didie Alias mendirikan rumah tangga pada tahun 1991 dan mereka dikurniakan lima orang cahaya mata, namun perkahwinan itu hanya bertahan sehingga 2002 saja.
BACA: