King Myvi buat hal berhenti atas jalan, mengamuk bila orang tegur

Oleh GEMILANGDAILY

King Myvi buat hal berhenti atas jalan, mengamuk bila orang tegur. Teguran penunggang motosikal terhadap pemandu kereta Myvi yang berhenti di tepi jalan dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas cetus rasa tidak puas hati pemandu itu.

Perkongsian dimuat naik oleh @isusemasaviral memaparkan tindakan pemandu Myvi putih yang tidak berpuas hati atas teguran diberi oleh penunggang motosikal lalu bertindak menggertak dan mengejarnya.

“Pemandu Myvi ditegur oleh penunggang motosikal yang memintanya jalan kerana tindakannya berhenti di tengah jalan raya telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas. Namun, pemandu itu tidak dapat menerima teguran tersebut lalu bertindak mengejar penunggang motosikal berkenaan.

King Myvi buat hal berhenti atas jalan, mengamuk bila orang tegur

“Hingga pada akhirnya, apabila penunggang itu turun daripada motosikalnya, pemandu tersebut terus memecut melarikan diri,” jelasnya menerusi ruangan kapsyen hantaran.

Sejurus dibuat semakan menggunakan nombor plat kenderaan tersebut, ternyata ia memiliki sembilan jumlah saman setakat semalam.

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan pemandu Myvi yang disifatkan hanya menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Hantaran video beserta gambar tersebut telah meraih 15,800 jumlah tontonan setakat ini.

BACA JUGA :

Dihempap pokok tumbang, pakcik ni dilihat masih selesa merokok

Pejabat Mufti Wilayah tegur anak Muhyiddin, “haram guna nama Priest pada nama”

Budak 5 tahun berjalan seorang diri buat orang ramai risau, ‘mana lah mak ayah dia’