Kini seluruh negara PKP kecuali Sarawak – Ismail Sabri

Kini seluruh negara PKP kecuali Sarawak – Ismail Sabri

Seluruh Semenanjung kini bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) apabila ia turut akan dikuatkuasakan di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, PKP itu bermula 22 Jan hingga 4 Febr ini berdasarkan penilaian Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kini seluruh negara dikenakan PKP kecuali Sarawak,” katanya pada sidang media.-FMT