Mungkin ramai yang tak tahu ataupun sudah terlupa. Pada 8 Februari lepas, genaplah 116 tahun umur Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu
Bapa Kemerdekaan Malaysia jika beliau masih hidup lagi hingga kini.
Sebagaimana ramai yang tahu, Tunku adalah tokoh negarawan yang disanjung tinggi atas usahanya memerdekakan negara ini.
Namun disebalik imej ahli politik dan peguam yang berwibawa, ada banyak sisi Tunku yang kita masih tidak ketahui.
Berikut 35 foto ‘rare’ yang dikongsikan Mathis Sarawanan di Twitter bersama kisah menarik mengenai kehidupan Perdana Menteri pertama Malaysia ini.
Bukan saja seorang peguam, Tunku juga rupanya seorang ahli sukan yang aktif?
Menerima ijazah undang-undang di Cambridge, Tunku rupanya seorang ahli sukan yang aktif. Ini antara gambar Tunku semasa terlibat dalam sesi sparring dan team bola sepak di Penang dan London dulu. Hebat kan?
Mula terlibat dengan politik sejak 1927, Tunku segak berkot dan baju Melayu
Tunku menuju kemerdekaan Malaya
All great people in one picture! Ada Tunku, Tun Razak, Tun Dr Ismail dan ahli-ahli kabinet yang lain.
Tunku bersama musuh dan rakan seperjuangan
Chin Peng, Lee Kuan Yew dan King Faisal of Saudi antara figura hitam putih dalam dunia politik Perdana Menteri pertama Malaysia ini.
Tunku akhirnya meninggalkan UMNO dan bersara
Perjalanan dunia politik Tunku ternyata bukannya mudah. Selepas bersara, Tunku dilantik sebagai Secretary General OIC dan melibatkan diri dengan PERKIM. Beliau juga mendapat anugerah dari London.
Momen terindah Tunku sepanjang hayatnya
Hubungan unik Tunku dan Tun Dr Mahathir Mohamad
Bagi mereka yang cakna sejarah, korang mesti tahu tentang kisah hubungan Tunku dan Tun M yang dulu dikatakan ‘tak sebulu’. Tun M banyak mengkritik Tunku sehingga menghantar surat untuk menyatakan kritikannya terhadap bekas Perdana Menteri ini.
Namun dihujung hayat Bapa Kemerdekaan ini, Tun M ada melawatnya beberapa kali. Sebak melihat gambar-gambar mereka.
Tunku Abdul Rahman meninggal dunia, tinggalkan wasiat yang tak disangka-sangka
Akhirnya pada 6 Disember 1990, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kembali ke rahmatullah selepas sakit beberapa ketika. Kematiannya meninggalkan kesedihan yang mendalam pada rakyat Malaysia.
Jenazahnya juga sempat diiringi Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan Sultan Perak sekarang, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah semasa di Sungai Besi Air Force Base.
Ini pula wasiat Tunku tentang di mana jasadnya disemadikan. Bacalah satu persatu kata-kata dari Tunku ini. Amat terkesan di hati.
Al fatihah Tunku. Jasamu dikenang selalu.
BACA:Patutlah Sarawak punya kemerdekaan tak sama dengan Malaysia, ini ceritanya