kisah lelaki ini memeranjatkan dunia tiba-tiba jadi jutawan

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Lelaki yang dikenali sebagai Liu tiba-tiba mencapai status jutawan setelah membuka akaun bank baru, dan terkejut melihat baki akaunnya yang mencapai RM780 juta.

Liu tidak pernah membayangkan dirinya menjadi jutawan, namun dengan tiba-tiba,

jumlah dalam akaun simpanannya berubah menjadi RM780 juta, menjadikannya jutawan dalam sekelip mata.

kisah lelaki ini memeranjatkan dunia tiba-tiba jadi jutawan

Perubahan kehidupan Liu ini dikatakan sebagai ‘durian runtuh’ yang datang secara tak terduga ketika dia memohon kad kredit baharu di sebuah bank pertanian di Changsa, Hunan, pada jam 3 petang, minggu lalu.

Ketika dalam perjalanan pulang dari bank tersebut, Liu menerima sistem pesanan ringkas (SMS) dari pihak bank menyatakan wang sebanyak 1,212,405,360 Yuan (RM780 juta) ke akaun simpanannya.

Bagaimanapun, Liu kembali semula ke kaunter bank kira-kira jam 6 petang hari sama.

Rupa-rupanya, 1212405360 adalah nombor akaun bank Liu tetapi atas kecuaian kakitangan bank, nombor itu telah dikreditkan secara tidak sengaja ke dalam akaun simpanannya sehingga menjadi 1,212,405,360 Yuan.
Kemunculan Liu sememangnya melegakan pegawai bank kerana ia berpunca daripada kesilapan kakitangan bank sendiri.

Walau hanya tiga jam bergelar jutawan, ia tetap tidak akan dilupakan dan akan menjadi ingatan Liu sepanjang hayatnya.

Susulan kejadian itu, Liu diberikan ‘ang pau’ sebanyak 200 Yuan (RM130) sebagai sagu hati oleh pihak bank, atas kerjasama diberikannya.

Difahamkan, kakitangan bank yang menguruskan transaksi tersebut adalah kakitangan baharu yang masih belum mahir mengendalikan kerja yang diberikan kepadanya.

Baca Juga