Kisah Telur di Malaysia yang ramai buat-buat faham rupanya tak faham

Kisah Telur di Malaysia yang ramai buat buat faham rupanya tak faham

Kisah Telur di Malaysia yang ramai buat-buat faham rupanya tak faham. FAHAMI KRISIS TELUR & AYAM. Q&A.

1. Kenapa berlaku?

Sejak perang Rusia-Ukraine, bekalan import dedak ayam di Malaysia terganggu dan kos ternakan naik 300% dan ini menekan penternak ayam dan pengeluar telur.

2. Apa kerajaan dulu buat?

Kerajaan Muhyiddin/Ismail mengenakan harga siling dan memberi subsidi 10sen/sbiji telur. Harga Siling ini menekan pengeluar dan subsidi pula tidak dibayar dari ogos sehingga Disember dan risiko ramai pengeluar gulung tikar.

3. Kenapa telur tak ada di kedai?

Untuk elakkan kerugian yang besar dan risiko gulung tikar, pengeluar terpaksa mengeksport ke luar untuk tampung kos operasi yang mencanak naik kerana di luar negara tiada harga kawalan maka boleh dijual lebih mahal dan hanya sebahagian dijual di dalam negara.

Kisah Telur di Malaysia yang ramai buat buat faham rupanya tak faham

4. Kenapa kerajaan tidak menyekat pengeluar dari eksport?

Jika kerajaan sekat, banyak pengeluar akan rugi dan akan gulung tikar dan ini tidak baik untuk negara dalam jangka masa panjang.

5. Berapa banyak Telur yang tak cukup dalam pasaran?

Oktober 2022 sebanyak 118juta dan November 157juta. Selepas Kerajaan Perpaduan dibentuk dan YB Mohamad Sabu dilantik sebagai menteri, telur tidak cukup hanya 1juta.

6. Apa yang Kerajaan Perpaduan buat?

Mengimport telur dari India dari pembekal yang membekal telur ke Piala Dunia di Qatar. Ini untuk selesaikan bekalan dalam masa pendek. Untuk jangka masa panjang, kerajaan akan memulakan inisiatif Pengeluaran dedak dari dalam negara sebahagian dari program food security.

7. Kenapa telur diimport mahal sedikit?

Kerana telur diimport melalui jalan udara untuk percepat proses mendapatkan telur dan prosedur tidak terlalu menyusahkan tetapi kos lebih mahal. Import akan dibuat melalui jalan laut untuk mengurangkan kos.

BACA:

‘Abang ipar dari neraka..’

Aksi babak panas dalam filem Pulau, Aliff Satar akhirnya buka mulut

CATEGORIES