‘Kita dah semakin hampir’, Arab Saudi bakal hukum mati rakyat yang tolak Projek Mega

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Arab Saudi dilaporkan akan menjatuhkan hukuman mati ke atas tiga rakyatnya yang enggan berpindah ke kawasan baharu

selepas kerajaan mengambil alih kawasan tempat tinggal mereka untuk tujuan pembinaan projek mega NEOM, dilaporkan oleh Business Insider.

Tiga penduduk yang menentang pengusiran itu ialah Shadly Ahmad Mahmoud Abou Taqiqa al-Huwaiti, Ibrahim Salih Ahmad Abou Khalil al-Huwaiti, dan Atallah Moussa Mohammed al-Huwaiti.

'Kita dah semakin hampir', Arab Saudi bakal hukum mati rakyat yang tolak Projek Mega

Ketiganya adalah anggota suku Howeitat yang tinggal di kawasan yang bakal dibina bandar pintar hasil inisiatif Mohammed Bin Salman. NEOM merupakan projek pembangunan bandar pintar masa depan yang dilakukan oleh Dana Pelaburan Awam Arab Saudi.

“Walaupun dituduh melakukan keganasan, mereka dilaporkan telah ditangkap kerana menentang pengusiran paksa atas nama projek NEOM dan pembinaan bandar linear sepanjang 170 km yang dikenali sebagai The Line,” kata kenyataan bertulis di laman web rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Arab Saudi dilaporkan telah mengusir anggota suku Howeitat dari rumah dan tanah tradisional mereka. Pengusiran ini melibatkan tiga kampung iaitu al Khuraiba, Sharma, dan Gayal, dengan alasan pembinaan projek NEOM.

Terdapat dakwaan bahawa pengusiran ini berlaku secara tidak adil. Selain itu, pada peringkat awal projek, seorang ahli suku Howeitat, Abdul Rahim bin Ahmed Mahmoud al Huwaiti, telah dibunuh di rumahnya oleh pasukan khas Arab Saudi.

Pengusiran secara paksa ini tidak hanya menimbulkan isu ketidakadilan dan tindakan kejam penguatkuasa, tetapi juga melanggar undang-undang antarabangsa. Ia merupakan pelanggaran hak tempat tinggal, hak kebebasan bersuara, dan hak untuk mendapat maklumat.

“Kami menyeru semua syarikat yang terlibat, termasuk pelabur asing, untuk memastikan bahawa mereka tidak menyebabkan atau menyumbang kepada, dan tidak terlibat secara langsung dengan, pelanggaran hak asasi manusia yang serius,” kata pakar PBB.

Projek mega NEOM adalah cadangan dan idea Putera Mahkota Saudi, Putera Mohammed bin Salman (MbS). MbS sedang berusaha menjalankan projek pembangunan berprestij

untuk membawa negaranya ke arah modeniti yang lebih tinggi. Projek ini sedang dibina di Tabuk, barat laut Arab Saudi, menghadap Laut Merah dan bersempadan dengan Mesir.

BACA: Bangunan kedua tertinggi dunia, ini 8 benda seram disebalik pembinaan Menara Merdeka 118