‘Kita tak pernah gaduh besar, kita bahagia tapi kenapa awak ceraikan saya? Penat saya fikir dimana kurangnya saya’

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Assalamualaikum and selamat hari raya gais ! Okey kali ni aku nak share serba sedikit pengalaman dan ‘common sense’

tentang lelaki yang perempuan kebanyakannya tak tahu, atau mungkin dah tahu tapi buat-buat tak tahu.

Banyak timbul isu kes perceraian yang akhirnya wanita soalkan “apa salah saya?”. “Penat saya fikir di mana kurangnya saya”.

“Apa yang saya buat sampai abang nak ceraikan saya?”. “Kita tak pernah gaduh besar dan kita bahagia tapi kenapa awak ceraikan saya?”.

First sekali, girls, women, ladies… korang kena faham. Kelemahan paling besar lelaki ialah WANITA.

'Kita tak pernah gaduh besar, kita bahagia tapi kenapa awak ceraikan saya? Penat saya fikir dimana kurangnya saya'

1) Lelaki pantang nampak perempuan cantik. Nampak je perempuan lawa, body hot, berhias, lemah lembut, sopan santun. Lelaki cair gais. Cair. Lagi cair bila perempuan tu memang taste lelaki tu. Fuhh boleh berdarah hidung tengok wanita idaman muncul depan mata.

Tak kira la lelaki tu dah ada anak 10 sekalipun, kalau ternampak wanita cantik depan mata, hati sedikit sebanyak akan bergetar jugak.

Masa ni lah tiba-tiba keinginan untuk tambah bini tu mula buat hal. Yang berkemampuan, okey la nak tambah bini pun. Tapi masalahnya ramai lelaki tak sedar diri yang dia sebenarnya kategori belum berkemampuan.

So timbul la isu kahwin senyap sebab takut bini first marah. Then timbul pula isu kantoi dengan biji first kemudian isteri first mintak cerai and so on.

Tapi ada juga kes bini baru tak rela bermadu, maka saat ini suami selalunya lebih cenderung untuk korbankan bini tua dari bini muda. Weh bini muda lagi bergetah dan hot kot! Sape tak sayang. Bini tua pulak selekeh tak reti nak pikat hati suami. Maka bye bye to isteri pertama.

Maka isteri isteri pasti akan cakap ‘dah tahu diri tu lemah dengan wanita, jagalah pandangan !’. Hakak hakak sekalian, lelaki ni susah nak jaga pandangan. Kalau senang nak jaga pandangan takdelah ramai yang terlanjur terkahwin dua semua tu. Sape yang berjaya jaga pandangan tu memang rare. Ni kan akhir zaman.

Tips atasi masalah ni : kepada semua isteri-isteri di luar sana. Suami korang memang tak leh nak lari dari sifat dan keinginan untuk berpoligami. Ya, depan isteri dia cakap la dia taknak poligami. Tapi jauh di sudut hati keinginan tu mesti ada kalau mampu.

Selalunya alasan sunnah tu adalah the great weapon lelaki untuk menambah bini. So kalau korang tak mahu bermadu, sila amalkan tips ni :

– Jaga badan. Tips nak jaga badan , control makan & rajin bersenam / bersukan. Ya aku tahu ramai wanita pemalas bab sukan2 ni. Tapi korang sayang laki tak? Kalau sayang laki dan tak rela bermadu, sila bersenam. Bersenam dalam rumah pun boleh gais. Tak perlu outdoor pun takpe kalau malas. Makan sila control. Jangan asyik nak melantak je keje pastu tak reti nak buang balik lemak lemak kau tu.

Aku perasan perempuan before kahwin badan melentik . Tapi lepas kahwin ramai failed. Hilang curve. Perut dah mula menggelebeh.

“Tapi kami jadi macam ni sebab beranak . Korang lelaki korang tak faham”. Bisik wanita wanita di luar sana. Ya aku faham korang beranak. Korang korbankan badan yang lawa tu semata mata untuk anak.

Tapi lepas beranak boleh je kan jaga badan? Ramai je berjaya jaga badan takkan korang tak boleh? Beranak tu alasan je. Lelaki tak suka mendengar alasan. Kami cuma mahu keputusan. Antara nak dengan tak nak je. So wanita stop beri alasan please. Atau, jangan terkejut kalau tiba-tiba diceraikan atau ada madu.

Lepas tu tolonglah jaga penampilan sikit ye wanita. Ramai wanita bila nak gi event atau majlis besar-besar je baru nak melawa atau berhias. Keluar rumah baru nak melawa.

Tapi dalam rumah macam mak lampir. Pakaian selekeh. Pakai tshirt je. Muka kusam. Hello wanita, dalam rumah la kena berhias dan mencantikkan diri.

Tujuan korang melawa tu untuk suami kan? So dalam rumah la pakai wangi-wangi, pakai cantik-cantik, letak lipstick sikit, pakai bedak sikit. Tak minta make up tebal pun, just naikkan seri wajah je. I

ni tak. Sepanjang masa suami menghadap muka serupa hantu kak limah. Rambut tak terurus. Badan berbau. Lepas tu bising cakap suami dah tak sayang . Padahal engkau sendiri yang tak pandai jaga laki.

Dalam rumah ni la korang kena selalu goda suami. Pakai lawa-lawa. Wangi selalu. Pakai baju cantik-cantik. Rambut kasi cantik terurus. Muka tu biar berseri seri. Pakai seksi lagi bagus.

Cuba lah try pakai mini skirt ke dalam rumah masa tengah memasak. Pakai dress lawa masa tengah sambut suami balik kerja. Pakai baju tidur seksi setiap malam before tidur. Tengok suami sayang ke tak. Ini tak. A

syik pakai kain batik buruk je dengan baju tshirt lusuh. Mana la suami nak tertarik dengan engkau. Awal2 kahwin ok lagi lah. Cuba dah anak ramai. Engkau pun dah malas nak berhias untuk suami kan? Pastu kalau suami cari lain jangan marah k?

2) lelaki pantang nampak perempuan sopan dan lemah lembut.

Ok tang ni aku memang setuju sangat sangat. Kau bayangkan kalau si suami dapat isteri yang kuar berleter. Garang. Kami kaum lelaki ni tak suka dengar leteran tau. Sikit-sikit tu okey la.

Tapi kalau selalu sangat isteri berleter kami pun naik muak. Bosan. Bosan tu okey lagi lah, tapi sampai satu tahap kami boleh hilang sabar gais.

Jangan disebabkan sikap suka berleter korang tu jadi penyebab kepada pergaduhan dan seterusnya perceraian. Lepas tu mulalah bising “apa salah saya bang? Saya dah jadi isteri sebaiknya untuk abang. Kenapa ceraikan saya?”. Jawapan lelaki simple je. “Telinga aku dah perit nak hadap leteran kau 24 jam”.

So bila lelaki nampak perempuan lemah lembut, lelaki mesti terdetik ‘alahai lemah lembutnya dia ni. Kalau isteri aku macam ni kan best.’. . Kami lelaki ni memang suka sangat wanita lemah lembut. Yang sopan

. Yang ada santunnya. Yang sentiasa bercakap penuh kasih sayang dengan suami. Yang sentiasa bermanja dan merengek dengan suami. (TAPI AWAS : MANJA OVERDOSE PUN KAMI MENYAMPAH JUGAK).

Cuba tengok pasangan yang kekal kahwin sampai ke akhir hayat (yang bahagia jelah), kau tengok isteri dia macam mana. Penyabar dan tenang je. Walaupun si suami kuat berleter tapi isteri mesti jadi penyabar dan tenang

. Lelaki pun ada time badmood dia jugak. Time lelaki berleter, kau kaum perempuan jangan sekali-kali melawan.

Runtuhkan ego korang. Akui je kesalahan. Minta maaf dengan suami walaupun kau rasa tu bukan salah kau. Lelaki ni memang ego tinggi sikit. Tapi kami cair dengan wanita yang down to earth.

3) Lelaki suka isteri yang pandai & rajin memasak.

Kunci di sini ialah PANDAI MEMASAK & RAJIN MEMASAK. Pandai memasak pun tapi kalau pemalas pun kami tak berkenan sangat. Kalau rajin memasak pun tapi rasa ada je spoil pun tak seronok gak. So konklusinya lelaki suka dengan wanita yang pandai dan rajin memasak. Dah la pandai memasak, rajin pula tu.

Kalau nak pikat hati suami, pikatlah dengan masakan anda (selain dari menggoda suami macam yang aku cakap kat atas tadi). Masakan isteri is a powerful tool jugak. Kalau isteri pandai masak, suami mesti ketagih. Tapi korang jangan pergi taruk sup bunjut sihir pulak untuk suami. HARAM YA. Goda lah cara natural.

Pernah dengar tak suami orang berkenan dengan perempuan lain sebab jatuh cinta dengan masakan dia? Cerita ni wujud ye gais. Isteri dia rajin memasak tapi semuanya tak sedap. Lelaki ni ada 1 perangai, suka memendam

. Kadang2 bini masak tak sedap tapi sebab nak jaga hati isteri, kami pendam dan puji cakap sedap. Padahal realitinya kami kecewa. Tapi kami sabar. Bagi masa untuk isteri practice. Tapi kalau dah sampai 5 tahun pun masakan still macam tu je, sape tak naik muak gais?

Baik makan kedai. Isteri pun satu, jangan la syok sendiri sangat bila memasak. Before kahwin tolonglah belajar memasak dan bagi ramai orang rasa masakan kau. Supaya ramai boleh mengomen. So that kau sedar diri tahap masakan kau di level mana. Ini tak. Asyik syok sendiri. Kaum isteri jangan takta

Tapi aku suami. Masak sekali sekala tu ok la tapi isteri ni pun satu hal, anggap dapur tu dia punya. Bila suami masuk dapur diorang pulak rasa insecure. Haih la pompuan. Pastu bila suami tak membantu bising pulak kata suami malas. Entahlah kenapa lah perempuan ni complicated.

Satu lagi, kaum isteri tolong la pelbagaikan masakan. Setiap hari lauk kau asyik sama je. Suami pun bosan weh.. cuba la try belajar masakan negeri2 lain. Tau la kau orang kelantan, tiap2 hari makan budu je dengan ikan kering.

Boleh naik muak tau tak. Tau la kau orang johor asyik makan nasi dengan tempe goreng je. Cuba try belajar masakan orang luar

. Contohnya breakfast masak nasi goreng/mee goreng/roti telur/pancake/cekodok. Tengah hari ni masak nasi putih lauk ayam percik madu dan sup sayur. Tengah hari esok lauk ikan 3 rasa + sayur kailan ikan masin.

Lusa lauk ketam masak lemak + sawi goreng. Tulat lauk tomyam seafood + pucuk manis tumis air + tempe goreng. Seterusnya lauk ikan masak steam + kangkung masak kicap + telur dadar.

Malam pulak cuba la masak western food ke, kuih muih ke. Kuncinya di sini ialah pelbagaikan masakan. Sentiasa kena cuba resepi baru. Memang la suami kau cakap dia suka ikan masak kicap je tapi 10 tahun kahwin asyik itu je kau masak dia pun bosan jugak. Dia pun nak kelainan jugak.

4) lelaki suka isteri yang serba boleh . Hah yang ni memang extra value. Lelaki sangat suka isteri yang independent. Boleh buat kerja rumah, kerja pertukangan. Lelaki suka isteri yang tak banyak menyusahkan suami.

Memang la kami melayan je permintaan isteri, tapi kadang2 dalam hati ni menyumpah seranah juga ‘malangnya la aku ni dapat bini yang semua benda tak reti nak buat. Asyik mengharapkan aku je’ . Cubalah isteri2 belajar sikit kerja2 lelaki ni

. Belajar cat rumah, belajar wiring sikit, belajar cara nak drill dinding & cara2 bertukang sikit. Nanti kalau suami mati takdelah kami risau sangat kat isteri . Ini tidak. Sikit2 mintak tolong suami aje.. getah paip kat rumah tu kalau suami tak pasang alamaknya 10 tahun la tak terpasang. Hadehh

Kesimpulannya. Jadilah isteri yang serba boleh dan melayani suami dengan baik. Nak jadi isteri perfect 10 tu memang lah impossible. Tapi sentiasalah berusaha untuk jadi perfect. Kau jugak yang taknak diduakan kan? Dahtu buat apa lagi tu? Pergilah improve diri sendiri. Sejuk je hati suami memandang isteri yang sentiasa cuba belajar benda baru ni.

At least dia tahu isteri dia ada effort untuk tambah skill. Dah la kami bayar hantaran korang mahal, pastu dapat pulak yang basic skill pun lemah. Hadoiii .

At least kalau ada keinginan untuk tambah skill tu ada la jugak added value untuk suami. Tak sia sia kami laburkan duit wang hantaran untuk korang kalau akhirnya dapat isteri yang perfect dan lengkap semua skill rumah + dapur + didik anak + basic agama .

Semoga post aku ni boleh menyedarkan kaum wanita di luar sana.

– Baim

BACA: Rupanya ini kelebihan RM1 yang ada tanda tangan ‘Aishah’