‘Kita tiada beza..Awak juga cuci kaki masuk rumah’, Mak Shila Amzah sindir menantu

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Selepas beberapa hari mendiamkan diri dan membiarkan dahulu konflik di antara anak-anak berlaku,

akhirnya Datin Fauziah atau mesra dikenali sebagai Mama Zie mengeluarkan kenyataan.

Dalam kenyataan yang dibuat, Fauziah telah memerli menantunya, Ubai, 25, yang juga menumpang kemewahan isteri, Shila Amzah.

'Kita tiada beza..Awak juga cuci kaki masuk rumah', Mak Shila Amzah sindir menantu

Fauziah turut mengucapkan terima kasih kepada Ubai ataupun dilabel sebagai ‘orang luar’ kerana telah melayannya sebegini selepas dia menatang lelaki terbabit seperti anak sendiri.

Untuk ‘orang luar’ yang baru memiliki Nurshahila, terima kasih membuat kesimpulan yang hanya memenangkan diri sendiri.

datin fauziah

Malah, merasakan dirinya serta menantu tiada beza kerana menumpang kekayaan Shila dan ‘cuci kaki’ apabila langkah masuk ke rumah anak perempuannya, Shila selepas berkahwin.

Difahamkan, hantaran luahan yang dibuat oleh Fauziah itu telah pun dipadam oleh tuan empunya badan.

Sekadar info, Fauziah turut menjadi sasaran netizen susulan ramai mempertikaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu yang hanya membiarkan anak-anak bertelagah di media sosial.

BAca: “Aku ingat lagi mak mertua datang jauh dari kampung semata-mata nak tanya pasal geran rumah arwah anaknya, ingat nak tanya pasal keadaan cucu”