“Kito tengok pun naik angin!”Minah Salleh teruja sertai dikir barat, semangat menari ikut rentak

Oleh NADIA HARON

Persembahan dikir barat cukup sinonim dengan Kelantan sebagai hiburan di dalam masyarakat dan seni warisan budaya negeri Che Siti Wan Kembang itu.

Sudah tentu, kepelbagaian dan keunikan budaya Malaysia ini bukan sahaja berjaya

menarik minat orang tempatan malah turut mencuri tumpuan pelancong luar negara.

Perkara ini dapat dilihat menerusi satu rakaman tular di platform TikTok

memaparkan sekumpulan pelancong asing ikut serta dalam sesi latihan persembahan dikir barat.

“Kito tengok pun naik angin!”Minah Salleh teruja sertai dikir barat, semangat menari ikut rentak

Rakaman berdurasi 40 saat itu memperlihatkan sekumpulan pelancong asing yang majoritinya wanita duduk bersama-sama anggota dikir barat ketika mereka berlatih.

‘Minah Salleh’ berkenaan tampak begitu teruja dan bersemangat ketika meniru aksi sambil mengikut rentak lagu dikir dinyanyikan anggota dipercayai asal Kelantan itu.

Pemilik rakaman video berkata, pelancong terbabit sudah mula menari ketika anggota dikir itu memulakan latihan sebelum mereka semua dijemput naik sekali ke atas pentas.

@anishahira22 Minah2 Salleh Dikir Barat 😂 . Bukan main semangat lagi . Nnti kita up lagi sebelum dorang naik atas pentas . Siap joget lagi mula2 tengok dari bawah pentas 😅#dikirbarat #dataranmerdeka #minahsalleh ♬ bunyi asal – ASYRAF

“Minah-minah Salleh Dikir Barat. Bukan main semangat lagi. Nanti kita kongsikan lagi video sebelum mereka naik atas pentas. Siap joget ketika mula-mula tengok dari bawah pentas,” tulis seorang pengguna TikTok di ruangan kapsyen.

Difahamkan ketika video tersebut dirakamkan, anggota kumpulan dikir barat itu sedang menjalani latihan untuk sambutan Hari Malaysia 2024 yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tinjauan di ruangan komen perkongsian itu mendapati rata-rata pengguna terutama yang berasal dari Kelantan merasa terharu kerana budaya mereka turut menarik minat dan dihargai orang luar.

Beberapa individu juga mengakui bahawa aksi dan irama dikir barat sememangnya cukup mengasyikkan sehingga membuatkan penonton turut naik ‘angin’ untuk ikut serta dalam persembahan itu.

Baca juga: Tak nak kalah, pecah rekod lelaki ‘order’ 30 pinggan nasi kandar cecah RM450