KJ akan sertai PN dalam masa terdekat?

Oleh GEMILANGDAILY

KJ akan sertai PN dalam masa terdekat?. “Saya ucap terima kasih atas pelawaan PAS untuk sertai Perikatan Nasional (PN) tetapi saya masih setia sebagai ahli biasa UMNO.”

Itu penegasan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kepada BH ketika diminta mengulas pelawaan Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar untuk bekas Menteri Kesihatan itu menyertai mana-mana parti dalam komponen PN.

Sambil mengucapkan terima kasih atas pelawaan itu, bekas Ahli Parlimen Rembau itu menegaskan akan terus kekal dengan UMNO.

Terdahulu, Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata PN dan PAS bersedia menerima Khairy jika dikenakan tindakan penyingkiran oleh partinya.

KJ akan sertai PN dalam masa terdekat?
Beliau berkata Khairy boleh memilih untuk menyertai mana-mana parti dalam komponen PN.

Katanya, seluruh kepemimpinan PAS dan PN menganggap penyertaan Khairy dalam gabungan itu diibaratkan sebagai kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.

Difahamkan, UMNO dijangka mengadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam esok bagi membincangkan tindakan ke atas Khairy, menyebarkan dakwaan palsu mengenai kewujudan ‘perwakilan import’ dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, pada pertengahan bulan lalu.

Ahmad Samsuri turut mengakui Khairy adalah pemimpin hebat dan berfikiran terbuka serta mampu melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan cemerlang.

BACA:

Datuk bandar berhati binatang, ratusan murid sekolah jadi alat pemuas nafsu

Lelaki mabuk terbaring depan pintu minta tolong, bila cek rupanya kena ‘slip disc’