KJ dedah tak berapa rindu nak jadi menteri, lebih berminat jadi pelakon
Umum mengetahui bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin kini bertugas menjadi penyampai radio Hot FM selepas ‘berehat seketika’ daripada dunia politik.
Baru-baru ini, pempengaruh terkenal Mek Yun telah menemu bual Khairy atau mesra disapa KJ dalam segmen sembang santainya.
Menerusi video tersebut, Mek Yun bertanyakan beberapa soalan daripada pengikutnya kepada ahli politik itu.
Dalam temu bual itu, Khairy mengakui tidak lagi rasa rindu untuk kembali aktif sebagai ahli politik dan mulai seronok menjadi penyampai radio.
Ditanya jika tak menceburi bidang politik, bekas Ketua Pemuda UMNO itu meluahkan hasrat ingin melibatkan diri dalam bidang lakonan.
View this post on Instagram
“Saya dah keluar sekejap daripada politik, sebenarnya agak seronok menjadi DJ dan saya tak berapa rindu jadi ahli politik,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai mencadangkan tentang watak yang sesuai untuk dimainkan olehnya.
Mengulas lanjut, Khairy sempat menasihati kepada anak muda untuk terus mengikuti impian dan menjadi diri sendiri.
“Jangan mengikuti impian atau cita-cita orang lain.” ujarnya.
Pada 27 Januari lalu, Majlis Kerja Tertinggi UMNO memecat Khairy disebabkan pelanggaran disiplin parti semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Susulan pemecatan tersebut, Khairy ‘dilamar’ beberapa pihak termasuk Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memberi bayangan menawarkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Darul Ta’zim (JDT).
Agaknya watak apa yang sesuai untuk KJ berlakon dalam filem?