Konon nak lain dari yang lain, bekas akuarium jadi bekas air balang tak ikut garis panduan KKM undang perhatian netizen

Oleh GEMILANGDAILY

Konon nak lain dari yang lain, bekas akuarium jadi bekas air balang tak ikut garis panduan KKM undang perhatian netizen

KALI terakhir Merak Jalanan singgah pasar malam ialah pada bulan puasa lalu, di sebuah bazar Ramadan dekat rumah.

Antara gerai yang menarik perhatian Merak Jalanan ialah air balang.

Konon nak lain dari yang lain, bekas akuarium jadi bekas air balang tak ikut garis panduan KKM undang perhatian netizen

Bermacam-macam warna ada daripada jernih, coklat, merah, kuning, oren dan hijau. Lihat pada warna sahaja sudah boleh agak perisanya.

Ada minuman warna biru semacam air nila. Tak pasti pula perisa apa sebab Merak Jalanan tak pernah cuba.

Selain tarikan warna, ada juga peniaga memasukkan potongan buah-buahan di dalam balang. Misalnya, ketulan buah tembikai untuk air tembikai. Walaupun rasanya sama dengan gerai minuman lain, tapi potongan buah itu yang nampak lagi menyelerakan.

Begitulah kreatifnya peniaga di bazar Ramadan atau pasar malam ini. Bagi Merak Jalanan tak salah nak membuat kelainan bagi menarik pelanggan.

Cuma Merak Jalanan tak setuju apabila ada peniaga menjual air minuman dalam akuarium, siap dengan hanging filter, kononnya trend baharu. Walaupun akuarium itu baharu dan bersih, tetapi Merak Jalanan nampak seolah-olah minuman diletakkan dalam akuarium terpakai. Kembang pula tekak.

Pakar kesihatan mengesahkan terdapat bahan kimia digunakan untuk membuat akuarium dan tidak selamat jika diletakkan air minuman kerana boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan.

Bekas akuarium juga tidak mempunyai spesifikasi dalam kategori gred makanan seperti digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Merak Jalanan nak nasihatkan peniaga terlibat supaya berhenti berbuat demikian. Tak perlulah buat kelainan sampai membahayakan orang ramai.

Cuma, Merak Jalanan hairan sebab katanya trend ini pernah tular pada bulan puasa lalu dan laris. Mungkin agaknya apabila air minuman diletakkan dalam akuarium, rasanya lebih sedap.

Entahlah, Merak Jalanan tak tahu sebab tak pernah nak mencuba.

BACA: “Aku hairan tiap malam suami balik kerja lambat, sekali ada bau perempuan pada baju suami masa aku nak basuh baju dia, satu hari terbongkar semua kegiatan suami”