Konsert BlackPink: PU Syed bidas Nabila Huda

Konsert BlackPink: PU Syed bidas Nabila Huda. Sebelum ini, pengacara dan pelakon, Nabila Huda berpendapat tindakan segelintir pihak yang mahu melakukan perhimpunan bagi membantah konsert sebuah kumpulan wanita dari Korea, Blackpink di Malaysia pada tahun hadapan adalah satu tindakan yang tidak matang.

Terbaharu, pendakwah bebas, PU Syed tampil memberi respon berhubung pandangan Nabila Huda.

Bidas pandangan Nabila Huda

Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik nama Syed Mohd Bakri Syed Ishak di TikTok, PU Syed membidas pandangan Nabila dan menjelaskan bahawa kematangan seseorang individu itu terletak pada kefahaman mereka terhadap Allah SWT.

Dalam pada itu, dia turut memaklumkan bahawa hidup manusia di dunia ini bukanlah satu lakonan, namun ia merupakan sebuah ketetapan daripada-Nya.

Konsert Black Pink: PU Syed bidas Nabila Huda

Terima kasih kepada Puan Nabila Huda kerana mengatakan saya tidak matang dalam memberikan pandangan isu bantahan kedatangan artis antarabangsa ke Malaysia.

Pertama saya ingin katakan, kematangan seseorang itu terletak pada kefahaman mereka tetantang perintah dan larangan Allah SWT. Mungkin Nabila terlebih matang dalam memahami tuntutan Allah sehingga masih lagi gagal dalam menutup aurat kecuali dalam lakonan.

Malah, PU Syed menegaskan bahawa dia akan terus menentang perkara berkenaan kerana bimbang bakal menjadi punca kemaksiatan kepada Allah SWT. Bukan itu sahaja, dia turut menasihatkan pelakon itu supaya bermuhasabah diri.

Saya akan pertahankan daripada segala kemungkaran yang akan berlaku dalam Malaysia. Saya tidak mahu hal itu menjadi punca kemaksiatan kepada Allah. Andai Puan Nabila anggap tentangan saya ini sebagai tidak matang, mohon muhasabah diri Puan. Jangan meludah kelangit, takut terpercik pada muka sendiri.

‘Selagi saya bernafas selagi itu saya tidak duduk berdiam sahaja’

@pu_syed matangnya seseorang diukur bila patuh dan taat segala tegah dan larangan Allah!! selagi ambe bernafas..selagi itu ambe takkan duduk saja melihat kemungkaran berlaku..di depan mata . #adeambetakut ♬ original sound – PU Syed

BACA:

Lagi kes hilang duit dalam bank, RM12,000 tiba-tiba lesap!

Kerajaan umum bantuan RM700 untuk rakyat Malaysia, ini butiranya

Baju terbelah Elvina Mohamad buat netizen perasan sesuatu, “buat tak nampak je”