“Korang anak beranak jangan datang sini lagi! Berambus! Suami geram, dia halau abg dan kak ipar, kesian mak mertua penyambung derita”

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.Ni first time saya meluah dekat sini. Saya Huda. Umur saya 33 tahun. Dah kahwin 7 tahun yang lepas. Dah ada anak seorang.

Saya kerja kerani di sebuah kedai hardware saja. Suami saya supervisor di sebuah stesyen minyak.

Macamana ye nak mula. Bukan masalah dengan mentua, suami tetapi dengan kakak ipar suami.

"Korang anak beranak jangan datang sini lagi! Berambus! Suami geram, dia halau abg dan kak ipar, kesian mak mertua penyambung derita"

Untuk pengetahuan, dulunya kakak ipar dengan suami serta 5 anaknya duduk di rumah kampung.

Rumah ibu dan ayah mertua. Dari bujang sampailah dia dah kahwin, ada anak 5 nie duduk situ.

Kakak ipar tak kerja. Suami dia kerja tapi suka berhenti. Nanti kerja tempat lain, tak sampai 4 bulan berhenti lagi.

Alasan tak seronok, boss berlagak, tak suka dia. Itu saja alasan dia.

Dah berbuih mulut dinasihati tapi tak pernah nak berubah. Sampai cakap tak perlu masuk campur katanya.

Saya tak pernah masuk campur pun. Suami jer yang selalu tegur.

Dalam bulan Jun tahun ini, Kakak ipar nak berpindah ke rumah kami.

Dan dia memberitahu Ibu dan Ayah mertua saya yang suami dan saya bersetuju bagi mereka pindah ke rumah kami.

Padahal, tak pernah mereka berbincang hal itu. Tiba tiba sahaja petik nama kami pula.

Takpe, kami beri peluang tapi suami saya dah bagi syarat, cuma dua bulan saja.

Dalam masa dua bulan tu, kena usaha cari rumah sewa dan cari kerja.

Dari situlah bermulanya episode “hitam”. Apabila segalanya mengharap kami.

Sampai duit belanja anak mereka pun minta pada kami dengan alasan mereka orang susah dan cakap dengan suami saya takkan dengan adik beradik sendiri nak berkira. Dengan isteri semua boleh.

Saya geram jugalah dengar tapi tak kerana suami, lama dah tu saya bertumbuk dengan kakak ipar.

Patutlah adik beradik suami lain macam taknak layan sangat mereka nie. Sebabnya, abang sulung suami dah terkena.

Sudah dibantu, akhirnya kakak ipar mengadu pada salah seorang Mak saudara suami yang isteri abang sulung tak suka mereka anak beranak. Bagi makan pun berbeza.

Bila hal tu sudah sampai ke telinga abang sulung suami, sejak tu abang sulung dah tak nak layan lagi mereka. Hari raya pun tak bercakap.

Dan giliran kami pula. Saya pernahlah masak kaki ayam masak kicap.

Kakak ipar komplen cakap kaki ayam nie nak bagi makan dekat orang. Dia cakap lagi yang dia geli dan takkan bagi anak anak makan benda tu.

Dahlah menolong masak pun tak, tak tahu diuntung pulak tu.

Takde maknanya suami dia nak hulur hulur duit barang dapur. Sesen pun tarak!

Tapi demand memacam seolah mereka pula tuan rumah. Jajan anak anak dia nak kena belikan.

Dan anak anak dia pandai minta duit dekat suami saya.

Anaknya nombor 4 siap cakap, “Pakndak, nak duit. Mama suruh minta…” Budak tu masih kecil dan polos.

Memang dah diajar oleh maknya. Takkan pandai sendiri. Ada tukang ajar.

Suami kakak ipar per0kok. Dahlah hisap r0kok, hisap v4pe lagi. Nak cepat kembali ke Rahmatullah ke gamaknya.

Kot ye pun, tengok keadaan. Anak saya memang tak biasa. Sebab suami tak pernah mer0kok ataupun hisap v4pe.

Suami kakak ipar hisap r0kok tak kena tempat. Hisap dalam rumah, dalam toilet. Kadang ada anak anak pun selamba saja.

Dan dah masuk 3 bulan, suami dah geram akhirnya, suami halau mereka keluar. Suami punyalah marah sampai cakap,

“Jangan berani lagi korang anak beranak datang sini lagi! Balik, pergi berambus!”.

Kakak ipar menangis dan merayu. Suaminya pun tapi memang big NO kali nie.

Akhirnya mereka pulang semula ke rumah Mak dan Ayah Mertua. Seperti biasa, memang ada saja gebang dan bohong mereka bercerita tentang kami.

Mak dan Ayah mertua dah faham sangat. Just diam jer. Cerita kat lain pun sama.

Akhirnya mereka diam sendiri sebab memasing buat tak tahu saja. Dengar boleh, percaya jangan.

Saya dan suami nie terlalu baik. Dulu dulu pun, kami rajin juga beri duit pada anak anak mereka.

Yelah, dah anak buah kan. Balik kampung, mesti belikan ole ole atau jajan. Pernah juga bawa makan dan berkelah.

Tapi tak sangka mereka cerita lain pada orang lain di belakang.

Sejak sejak tulah, kami mengambil tindakan “jangan terlalu baik” pada mereka. Pandai pandailah hidup lepas nie.

Satu hari, abang pada Mak mertua yang kami panggil Pak Uteh datang dan kakak sulung dan suaminya kena “brainwash”.

Kata Mak mertua, mereka berdua senyap tak cakap apa apa sampai ke sudah.

Biarlah. Saya dengan suami dah tak nak campur. Harap berubahlah.

Belum lagi part Mak mertua jaga kelima lima anaknya. Mak mertua pernah kena terajang dek salah sorang anaknya sampai lebam pipi.

Mak mertua mengadu pada kakak ipar. Dan dia cakap,

“Biasalah, Mak. Budak budak macam tulah. Mungkin yang dia nak Mak tak bagi kot, dia marahlah.”

Langsung takde rasa bersalah. Anak tu yelah masih tak berakal. Patut Maknya berakal.

Kalau ikut, cerita semua nanti panjang macam sinetron. Ini pun dah panjang lebar. Saya bukan menghasut orang suruh jangan jadi baik.

Bukan begitu. Buat baik berpada pada. Itu saja. Jangan sampai kena pijak, kena buli. Yang patut saja.

Saya pun bukan manusia sempurna jugak. Ada buat salah silap… Huda

Reaksi Warganet

NuRaz Wan –
Kesian datuk dan nenek tu. Kalau tak tahan pun, mungkin tak sampai hati nak halau.

Itulah akibatnya bila orang kahwin, dia pun nak kahwin. Tapi tanggungjawab tak sedia nak pikul.

Rasa rasa kalau meninggal atuk dan nenek ni, mereka stand by nak ambik alih rumah tu. Susah lah nak buat faraid nanti.

Bariah Dzulkifle –
Boleh buat aduan pada JKM kan, pengabaian kanak kanak.

Masalahnya spesies macam ni subur pulak membiak. Sampai 5 anak dia.

Macam mana lah anak anak tu membesar dan melahirkan generasi yang sama mentaliti. Alahhhaiii

Atul –
Huhuhu.. Sampai anak dia sepak mak mertua awak ye.

Anak buah saya hanya mintak mak saya masakkan meggi untuk dia sedangkan ibu dia ada tercongok dekat rumah.

Saya cakap dekat mak Su, lagi sekali saya nampak memang saya hamun mak dengan ayah dia.

Setakat ni tu lah last saya nampak. Kalau saya nampak lagi sekali, abang tak abang memamg Aku hamun kan je.

Suka suka je nak membibikkan mak aku

Hayati Isa –
Geramnya. Saya rasa saya sanggup keje tukang sapu sampah pun takpa, asalkan tak menyusahkan orang.

It was called self pride. Rasa malu menyusahkan orang tu kena ada. Bukan malu tak bertempat.

Daripada malu keje tak seberapa, baik malu menyusahkan orang. Huhu

Nur Hidayah –
Patutnya makpak mentua pun kena halau dorg tu jangan bgi duduk rumah mak ayah dah menyusahkan orang tua saja.

Susah nak tolong orang kalau dah sampai tahap teruk macam ni. Dorang tu bukan lagi orang susah tapi sendiri yang taknak keluar dari kesusahan.

Nak mudaahh saja hidup mengharapkan bantuan orang semata mata, kerja taknak. Usaha sikit pun taknak, malas namati.

Memang tak boleh tolong orang yang takmau tolong diri sendiri. Boleh tolong kesiann jelah.

Farah Hanina –
Hebat betul satu family toksik dari ayah, mak dan anak anak. Elok duduk dekat pulau je 1 family ni.

Nasib baik suami awak tegas dan tak bagi muka lagi dah. Buat baik berpada pada.

Manusia ni, tak kiralah ada pertalian ke atau takde. Kalau nak ambil kesempatan tu memang otak terus berfungsi dengan baik.

Sumber – Huda

BACA:“Aku masa tu terus dalam hati berkata, Allah hantar kakak ni untuk tegur aku, masa tu berjuraian air mata tanpa sekat, masa inilah baru aku sedar”