Korang tahu ke berapa banyak masa yang dibuang di FB dan Insta, ini cara buat ramai nak tahu

Oleh GEMILANGDAILY

Korang tahu ke berapa banyak masa yang dibuang di FB dan Insta, ini cara buat ramai nak tahu. Sebelum ini Mark Zuckerberg pernah memberi komitmen,

“saya akan berusaha untuk memastikan masa yang kita semua habiskan di Facebook adalah masa yang diluangkan dengan baik.”

Facebook baru-baru ini mengumumkan ciri terbaru membolehkan pengguna menyemak berapa banyak masa yang telah mereka luangkan di Facebook dan Instagram.

Korang tahu ke berapa banyak masa yang dibuang di FB dan Insta, ini cara buat ramai nak tahu

Terdapat papan pemuka dashboard aktiviti (dashboard activity) baru yang menunjukkan pengguna purata masa yang mereka habiskan di platform itu setiap hari, serta pecahan masa sehari yang dihabiskan sepanjang minggu lalu.

Pengguna boleh menetapkan peringatan (reminder) untuk berhenti dan keluar daripada aplikasi itu selepas masa tertentu yang ditetapkan, dan boleh melumpuhkan ‘push notification’ untuk sementara waktu antara 15 minit hingga 8 jam.

Untuk menggunakan ciri ini, anda perlu menggunakan aplikasi di telefon pintar kerana setakat ini ia hanya menjejaki berapa banyak masa yang anda gunakan di Facebook atau Instagram di telefon anda dengan menggunakan aplikasi, bukan menggunakan pelayar (browser). Sebarang masa yang dihabiskan di Facebook atau Instagram melalui pelayar biasa tidak akan dikira.

Jadi, jika anda adalah seorang yang sememangnya gemar berinteraksi dengan Facebook atau Instagram melalui telefon pintar anda, ciri baru ini pastinya dapat memberikan gambaran sama ada anda mungkin ketagih dengan telefon pintar anda, atau anda seorang manusia yang normal.

Untuk melihat berapa banyak masa yang anda luangkan di Facebook, pergi ke Settings > Your Time on Facebook.

Untuk melihat berapa banyak masa yang anda luangkan di Instagram pula, pergi ke Settings > Your Activity.

Sekiranya anda masih tidak dapat menemui ciri ini di telefon pintar anda, ia adalah kerana ia masih dalam proses pelancaran peringkat awal. Hanya sebahagian pengguna saja yang dapat menggunakan akses ciri baru ini buat masa ini.

Bagi sebahagian daripada kita sebagai pengguna harian media sosial terutamanya Facebook dan Instagram ini, ciri baru ini mungkin satu inisiatif ‘sihat’ dalam menjadikan media sosial sebagai platform yang lebih baik dan positif untuk kita semua.

Namun apa pun, ia tetap berbalik kepada kita untuk mengawal kecenderungan penggunaan media sosial demi kebaikan diri sendiri.

BACA: 

Tular video bas rombongan sekolah masuk gaung tapi lain pula yang drebar bas buat, dia boleh lepak minum kopi je!

Ini 10 bangunan rahsia yang ramai tak tahu, yang no.5 tu bukan dekat Malaysia ye