KPDN saman peniaga letak syarat ‘beli barang lain dulu’ sebelum beli minyak paket

Oleh ISMAIL YAHYA

Tindakan seorang peniaga yang menetapkan syarat kepada pelanggan sebelum membeli minyak masak dalam pek yang baru-baru ini menjadi viral

Telah membawa padah apabila dia dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN).

Syarat-syarat yang ditetapkan oleh peniaga di premisnya di Perak itu terbongkar selepas laporan dari pengguna di platform X.

Berikutan laporan tersebut, dua pegawai KPDN telah ke premis tersebut untuk menyiasat dakwaan tersebut, dengan salah seorang daripada mereka menyamar sebagai pembeli.

Video penyamaran itu turut dikongsikan oleh Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh, baru-baru ini di aplikasi TikTok.

KPDN saman peniaga letak syarat 'beli barang lain dulu' sebelum beli minyak paket

Video itu merakamkan pegawai memasuki premis runcit tersebut dan bertanya kepada peniaga sama ada dia boleh membeli dua pek minyak masak atau tidak.

Dapatan dari siasatan menunjukkan bahawa dakwaan pengguna di X itu benar. Peniaga mengatakan bahawa pelanggan hanya boleh membeli dua peket minyak masak dengan syarat, iaitu perlu membeli satu barang lain.

Jika tidak membeli barang lain, pelanggan hanya dibenarkan membeli sepeket, menurut peniaga tersebut.

Jawapan peniaga itu telah menyebabkan pegawai KPDN merampas minyak peket dari premis tersebut dan mengekalkan tindakan undang-undang serta menjalankan saman segera.

Di ruang komen, tindakan tegas dan cepat KPDN mendapat pujian daripada ramai pihak, sambil ada yang mencadangkan agar tinjauan dilakukan lebih kerap kerana terdapat banyak kedai yang mengambil kesempatan terhadap pengguna.

Pada masa yang sama, terdapat juga aduan serupa berkenaan syarat pembelian yang dikenakan oleh pengusaha premis di kawasan masing-masing.

Terlebih dahulu, Fuziah mengumumkan bahawa KPDN akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menetapkan syarat pembelian ke atas barangan kawalan seperti minyak masak dalam pek dan gula.

Tambahnya lagi, pihak kementerian tidak akan berkompromi, terutamanya bagi kesalahan yang berulang, dan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, mana-mana individu atau syarikat yang melakukan kesalahan boleh didenda antara RM1 juta hingga RM5 juta atau penjara atau kedua-duanya.

Orang ramai juga diminta untuk melaporkan sebarang penyelewengan kepada KPDN melalui saluran yang betul.

BACA: “Mak mertua senyum meleret bila kak ipar kahwin dengan orang kaya, keluarga saya langsung tak pandang siap dimalukan depan tetamu kenduri”