Kredibiliti jurulatih baharu Man Utd dipertikai, ini latar belakang Ruben Amorim

Oleh ISMAIL YAHYA

Secara rasmi semalam, wartawan antarabangsa Fabrizio Roman mengesahkan bahawa Ruben Amorim

Bakal mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih Manchester United yang baharu, selepas kerusi panas itu ditinggalkan oleh Erik Ten Hag.

Kedatangan Ruben Amorim diharapkan dapat memberikan nafas dan harapan baharu

kepada peminat kelab terkemuka dunia ini untuk kembali bersaing merebut kejuaraan Liga Perdana.

Biodata Ruben Amorim

Kredibiliti jurulatih baharu Man Utd dipertikai, ini latar belakang Ruben Amorim

Ruben Amorim dilahirkan pada 27 Januari 1985 di Lisbon, Portugal. Jurulatih berusia 39 tahun ini merupakan bekas pemain bola sepak profesional sebelum menceburi bidang kejurulatihan.

Karier Bola Sepak

Amorim pertama kali membuat penampilan sulung dalam pasukan bola sepak profesional bersama kelab Belenenses pada tahun 2003. Kemudian, dia menandatangani kontrak dengan Benfica pada musim panas 2008 sebelum dipinjamkan ke SC Braga dan kemudian dibeli oleh kelab itu pada musim seterusnya.

Amorim juga pernah dipinjamkan ke kelab Qatar, Al Wakrah, sebelum kembali semula ke Benfica dan mengumumkan persaraan pada usia 32 tahun pada tahun 2017.

Karier Sebagai Jurulatih

Tidak menunggu lama, Amorim dilantik sebagai pengendali kelab divisyen tiga Portugal, Casa Pia, setahun selepas persaraannya, walaupun hanya sempat membimbing empat perlawanan.

Pada tahun 2019, Amorim dilantik menjadi pengendali kelab SC Braga dan mengendalikan sebanyak 13 perlawanan. Ekoran prestasi cemerlangnya, dia kemudian dilantik sebagai jurulatih Sporting Lisbon pada tahun 2020.

Di sini, Amorim berjaya menunjukkan kebolehannya sebagai pengurus meskipun masih muda berbanding jurulatih lain. Sepanjang 228 perlawanan bersama kelab itu, Amorim berjaya memecah kemarau kejuaraan Liga Primeira selama 19 tahun kelab itu pada tahun 2021, mematahkan dominasi liga domestik yang dipegang oleh Benfica dan Porto.

Bahkan, Amorim juga berjaya melahirkan ramai bintang muda dari kelab itu seperti Joao Palhinha, Matheus Nunes, Pedro Porro, dan Manuel Ugarte.

Kini, Amorim secara rasmi bergelar pengendali kepada salah satu kelab terbesar di Eropah, Manchester United.

Perwatakan & Gaya Permainan

Bukan sahaja fasih berbahasa Inggeris, Amorim juga terkenal dengan keperibadiannya yang teguh, pengetahuan luas dalam taktikal, dan sikap santai. Semasa di Sporting, dia biasanya menggunakan formasi 3-4-3 dengan intensiti tinggi.

Pencapaian

Sepanjang karier kejurulatihannya, Ruben Amorim telah merangkul lima trofi, termasuk tiga kejuaraan liga, dua Piala Juara Portugal, dan satu Piala Super Portugal.

BACA: Mengejutkan! Menteri Wilayah dedah kos lawatan sebenar Perdana Menteri