Krisis Perak : Ketepikan politik kepartian, utamakan rakyat – Pemuda Amanah

Krisis Perak : Ketepikan politik kepartian, utamakan rakyat – Pemuda Amanah

Sekiranya penjajaran baru politik Perak merupakan pilihan terbaik untuk memastikan pentadbiran negeri stabil dan boleh memberi manfaat kepada rakyat, parti-parti politik yang terlibat seharusnya berlapang dada.

Ketua Pemuda AMANAH Perak, Khairol Najib Hashim berkata, mereka perlu segera mengambil langkah tersebut demi memastikan kebajikan rakyat dapat terus dilaksanakan.

Khairol Najib berkata demikian ketika Menteri Besar Perak Datuk Seri Faizal Azumu dijatuh tetapi tidak ada mana-mana parti yang boleh berdiri sendiri untuk membentuk kerajaan di Perak.

Pakatan Harapan pula sedia bekerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan baru.

Khairul Najib juga menggesa semua parti-parti politik untuk segera mencari jalan penyelesaian untuk membentuk kerajaan baharu .

Beliau menyarankan agar semua pihak mengenepikan segala pertimbangan politik kepartian yang boleh memberi kesan kepada pentadbiran negeri.

Menurutnya, ketidaktentuan politik yang berlaku ketika ini menyebabkan belanjawan di peringkat negeri terpaksa ditangguh dan tidak dapat dibahaskan sehingga kepimpinan baharu dilantik.

“Pembentangan dan perbahasan Belanjawan 2021 sedang berjalan tetapi di negeri Perak, kita terpaksa menunggu kepimpinan baharu dibentuk sebelum belanjawan ini dapat dibentangkan.

“Dengan baki tinggal beberapa hari lagi sebelum kita masuk tahun 2021, rakyat negeri Perak masih belum tahu apa perancangan untuk negeri dan program kepada mereka lebih-lebih lagi dalam tempoh sukar menghadapi pandemik Covid-19 ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/bersedia-terima-penjajaran-baru-politik-perak-kata-pemuda-amanah/