Ismail Md Daud, 62, berkata datuknya adalah salah seorang yang dikebumikan di tanah perkuburan tersebut.
Penyusutan paras air di Tasik Pedu, dekat sini, menyebabkan tanah perkuburan lama Kampung Mong Gajah
Ada yang dipercayai berusia 100 tahun di dasar tasik tersebut kini jelas kelihatan sejak awal bulan ini.
Keadaan ini membolehkan kira-kira 300 waris kampung serta penduduk setempat menziarahi kubur
berkenaan dan mengadakan majlis tahlil serta doa selamat bagi mendoakan mereka yang disemadikan di situ.
“Bapa saya, Md Daud Hassan, pernah tinggal di Kampung Kuala yang terletak berhampiran Kampung Mong Gajah. Kampung Kuala juga ditenggelamkan seperti Kampung Mong Gajah untuk projek Empangan Pedu.
“Namun, bapa saya telah berpindah dari Kampung Kuala kerana terdapat banyak penyakit misteri di kampung itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis tersebut pada Sabtu.
Menurut Imam Kampung Tong Pelu, Mohamad Khori Idris, 58, majlis ini diadakan untuk menghimpunkan waris penduduk Kampung Mong Gajah dan kampung sekeliling, termasuk yang kini tinggal di Batu Kurau, Perak.
“Ramai yang datang ke sini, seperti pada tahun 2020 apabila paras air tasik turut menyusut sehingga menampakkan kubur lama di sini. Keadaan ini bukan sahaja memberi peluang kepada waris, tetapi juga penduduk setempat untuk mengadakan aktiviti riadah seperti berkhemah di sini,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Terap, Nurul Amin Hamid, yang turut menyertai majlis tahlil dan doa selamat tersebut berkata terdapat kira-kira 15 kampung di kawasan itu yang ditenggelamkan untuk projek Empangan Pedu pada tahun 1960-an.
Beliau berkata, perkuburan lama di situ sebelum ini tidak dipindahkan kerana Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan Jabatan Mufti Negeri Kedah melihat tiada keperluan untuk berbuat demikian memandangkan usia perkuburan itu yang sangat lama.
“Kita mendoakan kesejahteraan bagi mereka yang disemadikan di sini. Selain itu, kita juga berdoa agar kawasan tasik ini kembali dilimpahi air untuk kegunaan domestik dan pertanian di Kedah, Perlis, dan Pulau Pinang,” katanya.
Setakat hari ini, laman web Lembaga Pertanian Muda (MADA) menyatakan paras air di Empangan Pedu berada pada tahap 33.21 peratus, manakala dua empangan lain di bawah kendaliannya iaitu Empangan Muda dan Empangan Ahning, masing-masing mencatatkan paras 7.80 peratus dan 78.50 peratus.
BACA: Dengan hanya bersukan, wanita ini dapat durian runtuh emas 6 kilogram!