Kuih Almond London asal UK ke? Ini asal usul kuih kegemaran rakyat Malaysia masa raya yang ramai tak tahu

Oleh GEMILANGDAILY

Kuih Almond London asal UK ke? Ini asal usul kuih kegemaran rakyat Malaysia masa raya yang ramai tak tahu.

Kuih almond London walaupun sudah lama menjadi antara juadah wajib setiap kali tibanya hari raya Aidilfitri,

Masih layak dikatakan baru muncul jika dibandingkan dengan kuih-kuih lain yang lebih awal ada di Malaysia.

Kuih Almond London asal UK ke? Ini asal usul kuih kegemaran rakyat Malaysia masa raya yang ramai tak tahu

Selain menjadi hidangan hari raya, almond London juga kini sudah mula popular di kalangan masyarakat Cina – sehingga menjadi antara menu perlu ada ketika perayaan tahun baru mereka.

Rasanya yang manis dengan isi kacang badam di dalamnya memang membuatkan ramai meminatinya. Tetapi persoalannya – siapa yang mencipta kuih ini?

Betul ke almond London berasal dari London?

Tidak. Realitinya tidak ada satu sumber yang benar-benar sahih dapat membenarkan daripada mana datangnya idea kepada pencipta kuih ini. Ada beberapa spekulasi tentang asal-usul kuih ini, tetapi tiada bukti kukuh mampu menyokong hipotesis tersebut.

Beberapa sumber menyatakan almond London mungkin dihasilkan oleh seorang pakar pastri yang berasal dari Eropah dan menetap di Malaysia pada abad ke-20. Beliau mungkin telah mencipta kuih ini sebagai inovasi baru kepada kuih tradisional sedia ada di Malaysia pada masa itu.

Namun ini hanya spekulasi dan tidak ada sejarah rasmi yang dapat dipastikan mengenai asal-usul kuih almond London.

Yang pasti, kuih ini telah menjadi kegemaran di kalangan masyarakat Malaysia dan Singapura, sering dihidangkan semasa majlis-majlis.

Kenapa almond London istimewa?
almond london

Apa yang membezakan kuih atau biskut ini berbanding menu-menu lain berasaskan koko, adalah kerana penggunaan coklat koko yang menyaluti keseluruhan biskutnya.

Rasanya yang sedap itu meletakkan almond London unik berbanding kuih-kuih lain, kerana tidak ada kuih lain menyerupainya.

Kebanyakan kuih dibuat akan menggunakan bahan berasaskan telur dan mentega, tetapi bahan yang membentuk almond London pula boleh dibuat tanpa memerlukan kedua-dua bahan, jika kita mencuba variasi yang berbeza.

Variasi almond London yang biasa kita temui diperbuat daripada badam cincang dan putih telur yang dipadatkan dengan gula dan tepung. Kuih ini dicantikkan lagi dengan coklat yang dilelehkan di atasnya serta dihias dengan serpihan badam.

Ada ke variasi almond London yang lain?
white choc almond london

Jika kita perhati betul-betul, tidak ada banyak jauh bezanya di antara almond London dengan coklat berintikan kacang badam yang ada di jual di pasaraya, tetapi proses pembuatannya serta kerangupan lapisan yang ada dalam almond London membuatkan popularitinya tampak takkan reda.

Selain almond London standard, kini turut terdapat pelbagai variasi kuih almond London yang boleh didapati di Malaysia.

Sudah ada variasi almond London yang diperbuat daripada coklat putih. Oleh kerana asasnya coklat putih, rasanya juga lebih manis jika dibandingkan dengan yang biasa.

Ada juga tukang pembuat kuih yang menghasilkan almond London di mana intinya tidak diletakkan kacang, sebaliknya digantikan dengan inti coklat cair. Penulis kurang gemar variasi ini kerana versi ini kurang rasa puas bila tak ada kacang ditengahnya untuk kita gigit.

Beberapa pengeluar turut sama menghasilkan versi almond London dengan kacang pistachio di tengah-tengahnya. Bagaimanapun jarang sikit nak jumpa, maklumlah pistachio lebih mahal berbanding badam kosnya.

Nak raya ni bila berkunjung ke rumah saudara atau sahabat handai, renung-renung sikit balang kuih tu. Tengoklah kuih mana yang biasanya kosong terlebih dahulu. Besar kemungkinan almond London-lah yang paling popular.

Anda tahu tak macam mana nak sebut almond dengan cara yang betul? Artikel ini memperjelaskannya, untuk anda cuba di pagi raya.

BACA:

Niat nak sambut ‘birthday’ member sekali lain pula yang terkantoi, rupanya member tengah..

Atasi masalah jem teruk Melaka, Jumaat sampai Ahad Bandar Hilir hari tanpa kenderaan mulai Jun