Kulit telur yang selama ini dianggap ‘sampah’ boleh guna untuk ini rupanya

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Benih sayur sawi boleh disemai dengan menggunakan kulit telur.Setelah benih itu bertunas, anda boleh menanam benih sawi kecil di tanah.

Jangan lagi buang kulit telur yang selama ini dianggap sebagai ‘sisa’.Sebaliknya, anda boleh gunakannya untuk menanam pokok sawi.

Dalam artikel ini sekiranya anda ingin mencuba menyemai benih sayur sawi, anda boleh mengikuti langkah-langkah yang dikongsi oleh Hadijah Abu Bakar.

Kulit telur yang selama ini dianggap ‘sampah’ boleh guna untuk ini rupanya

Menurutnya, cara ini juga lebih mudah.

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyemai benih pokok sawi:

1. Pecahkan bahagian atas kulit telur supaya terdapat ruang untuk memasukkan tanah.

Pecahkan juga sedikit bahagian bawahnya.

2. Bilas dahulu kulit telur sebelum memasukkan tanah ke dalamnya untuk mengelakkan serangan semut atau tikus. Selepas itu, masukkan tanah, sama ada tanah hitam atau tanah sawit.

3. Letakkan 3 biji benih dalam satu telur, kemudian letakkan di tempat yang teduh.

4. Setelah tumbuh 3 daun, anda boleh memindahkannya ke dalam tanah.

5. Untuk memindahkan, pecahkan telur supaya akar dapat berkembang dan tumbuh dalam bekas atau batas yang ditetapkan.

Selain sawi, biji benih sayuran lain juga boleh ditanam menggunakan kulit telur.

Selamat mencuba!

Baca :“Patutlah selama ni isteri enggan ‘bersama’ sampai dia suruh aku kahwin lain, bertahun aku sabar, rupanya ini penyakit yang dia hadap”