Kumpulan UBI dinobat juara Muzikal Lawak Superstar 3. Kumpulan UBI menepati ramalan ramai apabila muncul juara program Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi.
Kemenangan kumpulan yang dianggotai Fad Bocey, Sharif Zero dan Namie itu melayakkan mereka membawa pulang RM150,000 beserta trofi.
Kemenangan itu juga sekali gus menewaskan tiga finalis lain iaitu CILI, BAHROY dan OOD.
Tempat kedua pula menjadi milik kumpulan CILI yang dianggotai oleh Ali Puteh, Achey dan Shiha Zikir. Mereka membawa pulang RM75,000 berserta trofi.
Sementara itu, kumpulan BAHROY yang dianggotai oleh Nizam Jentik-Jentik, Shashic dan Roy Azman berada di tempat ketiga dan membawa pulang RM50,000 berserta trofi.
Kumpulan OOD yang dianggotai oleh Man RL, Chiwan dan Zahid diumumkan menduduki tempat keempat dan membawa pulang RM25,000 beserta trofi.
Turut diumumkan adalah Superstar Paling Gempak Musim Ini yang menjadi milik Shiha Zikir daripada kumpulan CILI.
Pemenang dipilih berdasarkan format pemarkahan 75 peratus daripada juri tetap dan 25 peratus undian dalam talian.
Pentas akhir MLS3 menampilkan pasangan pengacara Sharnaaz Ahmad dan Elly Mazlein.
Tiga juri tetap terdiri daripada Datuk Awie, Saleha dan Najip Ali.
Pertandingan akhir turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Khir Rahman dan Luqman Hafidz.
Tema persembahan pertama ialah Benua Di Dalam Dunia, manakala persembahan kedua ialah Lokasi Bebas.
BACA:
Miliki wajah terlalu cantik, aktres ini kena tahan di imigresen airport
Mawar Rashid hamil anak ketiga, buat ‘suprise’ pada suami di Paris
Video jiran bergaduh sampai berdarah jadi tular, longgok rumput depan rumah punya pasal